September 9, 2015

Cuti Tak di Rancang

Baru perasan tak publish. Duk dalam draf dah berzaman. Hahahaha
Takpelah alang-alang dah buat, publish je laaa entry berhabuk ni


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Selamat pagi dan selamat petang semuaaa....

Last month melawat En. Suami di Manjung. Asyik dia je yang balik sini. Jarang-jarang nurr la pulak turun ke sana.

Dah alang-alang pegi sana, En. Suami ajak pergi Pulau Pangkor. On je sebab sponsor by him...hehehe.

Nurr gerak dari Putrajaya dalam 9:15am.. Sampai di Manjung dalam 3pm lebih kurang. Tiket harga RM31.60. Ok laa.. Sampai sana terus pegi check-in di Marina Island Pangkor Resort dan Hotel. Tempat ni bukan kat Pulau Pangkor tau. Tapi seberang sini..berdekatan dengan Jeti .

En.Suami tunggu nurr sampai dulu baru check-in sebab nak guna gov rate..hehehe.. corporate rate pon ade tapi mahal sikit..So, guna pas keje nurr je laa... Rate 1 malam RM170 lebih ( Dah lupa rate yang tepat ) sorii.. Kat sini apartment rupanya. Request apartment 1 bilik je. Tapi bila masuk dalam apartment tu ade 3 katil. 2 single bed kat ruang tamu depan TV. 1 lagi queen saiz dalam bilik..tapi kecik je pon katilnya. Rasanya untuk tido sorg je sebab besar sikit je dari single bed. Ada Pantry.... Ni kalau datang satu family pun ok. Untung kitorg dapat bilik yang mengadap Teluk Muruh. Check-in sini hari Sabtu dan check-out hari Isnin.


Susun atur kat ruang tamu sebijik macam ni 
(pinjam gambar google)


Sebelah petangnya jalan-jalan kat Teluk Batik


Hari ke-2

Pagi-pagi lagi dah turun breakfast dan terus ke Jeti nak ke Pulau Pangkor. Jalan kaki 5 minit je dari hotel. Nampak jauh pulau tu. Tapi bila naik feri 10 minit dah sampai. 1st time naik feri...hehhee. Harga tiket RM10 pergi balik untuk seorang dewasa. Kanak-kanak RM5.

Sampai sana sewa motor RM30 untuk sehari. Pusing-pusing macam bosan pulak.. Takde la best sangat. Tengok dalam peta macam banyak je tempat best. Jenuh cari batu bersurat ingat kan macam mana. Rupanya batu besar..hahhahaa.. Pastu cari kubu Belanda. Boleh laa berhenti bergambar sekejap. Kitorg pusing lagi 1 pulau sampai ntah hutan & bukit mana ntah. Siap motor tak boleh nak naik..hahaha.. Aduyaii.. Nurr siap turun.. Bukan nurr berat tau tapi keadaan motor tu yang semput. Sabo je laaa..Dah la ade monyet..takut pulak kang diterkamnya kita.

Kat sini lebih kepada aktiviti air. Kitorang main jetski RM100 untuk 1 jam. Murah giler! Pastu mandi-mandi laut dah dekat kul 12 tengahari. Pusing2 lagi cari makan dan beli sikit2 makanan laut. Pastu dalam pukul 2:45pm dah gerak balik hotel. Sampai hotel ape lagi masing2 zzZZZ. Letih sebab dari pagi lagi berjalan. Faktor umur dah tak lasak cam dedulu...eh gitu..kihkihkih

Hari ke-3

En.suami dah keje. Jadi nurr tido je kat bilik tunggu masa nak check-out pukul 12pm. Naik bas balik Putrajaya pukul 3pm. Sampai Putrajaya pukul 9:30pm.



0 berani bersuara: