June 10, 2015

Oh Seller Online.. Positif itu perlu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah buat pemerhatian dan ni adalah teguran untuk diri sendiri dan semua seller online di luar sana.

Perniagaan ni ada naik turunnya. Begitu juga pelanggan.. Kadang-kadang ada juga pelanggan jenis duk usha dulu...tanya harga dulu..macam-macam la. Kan kebanyakan seller online yang tak nyatakan secara terbuka harga yang ditawarkan. Jadi..... jangan salahkan pelanggan jika mereka tidak membeli barang yang kita jual. Anggap sahaja bukan rezeki kita. Positif ye.


Yang nurr perhati, sesetengah seller ni akan muat naik status tidak puas hati dan menyindir jika ada yang tidak beli barang jualannya. Hey! Come on lah! Korang kalau pegi kat shopping mall tu korang beli ke kat setiap kedai yang korang masuk? Tak kan?

Kita tak tahu keadaan bakal pelanggan kita tu. Mungkin dia berminat tapi kekangan dari segi kewangan. Jadi cuma tanya-tanya je dulu.. Sabar ok. Kalau memang dah Allah takdirkan rezeki kita dengan dia, I.Allah nanti dia akan jadi pelanggan kita. Silap-silap jadi pelanggan setia kita. Siapa sangka kan? Just positif ok.

Kecuali lah kalau bakal pelanggan berkenaan minta yang bukan-bukan sampai kan kita akan menanggung kerugian. Itu memang boleh guna istilah yang ni "Take it or leave it". Kadang-kadang bakal pelanggan ni saja nak menguji kita.. Nak try nasib.. Letakkan barangan yang kita jual sebagai eksklusif :) . I.Allah jika rezeki itu memang rezeki kita, buat macam mana pun tetapi rezeki dan begitulah sebaliknya.

Ingat! Untuk menjadi peniaga yang berjaya sentiasa positif dan bersabar :)


0 berani bersuara:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons