June 16, 2015

Kekal Bertenaga di Bulan Puasa

Alhamdulillah bulan Ramadhan tiba lagi. Bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana pada bulan ini diwajibkan untuk berpuasa. Namun ada juga dikalangan kita mengalami masalah untuk berpuasa disebabkan mengalami penyakit tertentu dan jangan jadikan badan lemah sebab letih ketika berkerja sebagai alasan untuk tidak berpuasa.

Kali ini nurr berkongsi dengan korang semua mengenai Set Mighty 3 Gems Shaklee iaitu set untuk membekalkan tenaga berpanjangan ketika berpuasa di bulan Ramadhan.



Set Mighty 3 Gems ini terdiri daripada ESP, MealShakes dan Performance Drink Shaklee.


Jadi siapakah yang memerlukan Set Berpuasa Shaklee ini?

  • Orang yang berpuasa dan yang menggantikan puasa.
  • Lelaki dan wanita yang mengalami masalah gastrik.
  • Pesakit kencing manis.
  • Orang yang melakukan kerja berat.
  • Ibu yang menyusukan bayi dan ibu mengandung.
  • Orang bujang yang nak bersahur cara ringkas.
  • Orang tua yang cepat penat dan susah nak makan.
  • Kanak-kanak yang baru mula nak belajar puasa dan cepat penat ketika berpuasa.


Bagimana dan apakah kebaikan ketiga-tiga supplemen ini dapat membantu anda dalam menjalani ibadah puasa?

1. ESP Shaklee 
Kaya dengan protein memberikan rasa kenyang yang lama dan tenaga yang berpanjangan. Mmepunyai kandungan indeks glisemik yang rendah sesuai untuk penghidap kencing manis. Juga memiliki 9 asid amino yang penting. Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak dan tiada kolestrol. Untuk ibu menyusu ESP adalah milkbooster walaupun anda berpuasa InsyaAllah ESP bantu menghasilkan susu yang lebih baik.

2. MealShakes Shaklee 
Nutrisi yang lengkap dan juga multivitamin. Rasanya yang lazat juga memberikan rasa kenyang yang lama serta meningkatkan sistem imun.

3. Performance Drink Shaklee 
Minuman ini bantu untuk mencegah penyahhidratan dan mengurangkan kehausan. Performance Drink juga membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Produk ini eksklusif untuk mereka yang menetap di kawasan tropika dan yang aktif dalam kerja harian.

Cara Pengambilan Set Mighty 3 Gems ini sepanjang Ramadhan

Waktu Bersahur : 
Ambil segelas ESP + MealShakes + performance drink anda boleh campurkan ketiga2nya sekali.

Waktu Berbuka :
Minum segelas Performance Drink.

Waktu Sebelum Tidur : 
Boleh minum segelas ESP + Performance Drink.

**Makanan yang sunnah juga jangan dilupa iaitu kurma dan juga banyakkan minum air masak sewaktu bersahur.


Untuk yang NAK DIET dalam bulan puasa, ambik set ini + CINCH SHAKE. Ada jadual exclusivenya..alhamdulillah tahun lepas ramai customer turun 3-8 kg semasa bulan puasa dengan set ini dan cinch shake protein :)

InsyaAllah sepanjang berpuasa dengan mengamalkan supplemen ini anda akan merasakan kesihatan tubuh badan akan lebih baik dari sebelum ini.

Nak dapatkan tips dan jadual exclusive dari saya kena lah beli dengan saya. Kata esklusif kannn..hehe..

Pastikan kesihatan dan kecergasan masa bulan puasa tahap tip top supaya dapat beramal dengan tip top juga! Yela bulan Ramadhan ni setahun sekali je kan. Mestilah sepanjang tempoh sebulan tu kita nak beramal.

Nak order boleh terus whatApps nurr di 017 7533563 atau
PM di FB Nurr : Tuan Putri Nurr

Ni nurr kongsikan testimoni yang telah mengamalkan set ini sepanjang Ramadhan yang lepas 








June 10, 2015

Oh Seller Online.. Positif itu perlu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah buat pemerhatian dan ni adalah teguran untuk diri sendiri dan semua seller online di luar sana.

Perniagaan ni ada naik turunnya. Begitu juga pelanggan.. Kadang-kadang ada juga pelanggan jenis duk usha dulu...tanya harga dulu..macam-macam la. Kan kebanyakan seller online yang tak nyatakan secara terbuka harga yang ditawarkan. Jadi..... jangan salahkan pelanggan jika mereka tidak membeli barang yang kita jual. Anggap sahaja bukan rezeki kita. Positif ye.


Yang nurr perhati, sesetengah seller ni akan muat naik status tidak puas hati dan menyindir jika ada yang tidak beli barang jualannya. Hey! Come on lah! Korang kalau pegi kat shopping mall tu korang beli ke kat setiap kedai yang korang masuk? Tak kan?

Kita tak tahu keadaan bakal pelanggan kita tu. Mungkin dia berminat tapi kekangan dari segi kewangan. Jadi cuma tanya-tanya je dulu.. Sabar ok. Kalau memang dah Allah takdirkan rezeki kita dengan dia, I.Allah nanti dia akan jadi pelanggan kita. Silap-silap jadi pelanggan setia kita. Siapa sangka kan? Just positif ok.

Kecuali lah kalau bakal pelanggan berkenaan minta yang bukan-bukan sampai kan kita akan menanggung kerugian. Itu memang boleh guna istilah yang ni "Take it or leave it". Kadang-kadang bakal pelanggan ni saja nak menguji kita.. Nak try nasib.. Letakkan barangan yang kita jual sebagai eksklusif :) . I.Allah jika rezeki itu memang rezeki kita, buat macam mana pun tetapi rezeki dan begitulah sebaliknya.

Ingat! Untuk menjadi peniaga yang berjaya sentiasa positif dan bersabar :)


June 3, 2015

Selsema Cepat Baik

Assalamualaikum semua....
Selamat pagi.

Hari Rabu sudah,,cepat betul masa berlalu. Bangun hari ni rasa sihat dah.. Alaa...tak sempat nak ambil MC. Ehhh? Hahaha..

Isnin hari tu kena selsema ringan.. *1st time tahun ni kena selsema. Dalam hati ada "can" nak minta keluar pejabat ni. Alasan nak pegi klinik. Oke yang ni dilarang ikut ye. Tak baik untuk KPI korang. Tapi tinggal angan-angan je laa... sebabnya nak dekat lunch tu rasa macam tak berapa nak selsema sangat. Kecuali kalau kena panas memang mata sedikit berair la. Nurr memang macam ni kalau selsema..memang tak boleh kena cahaya matahari.

Nurr memang tak suka makan ubat. Serius! Memang akan elakkan selagi mampu.

Semalam ( Selasa ) selsema sikit-sikit je.. mungkin faktor work station bawah aircond (sejuk). Tu yang buatkan selsema jadi balik bila masuk ofis. Hari ini, Alhamdulillah SELSEMA DAH TAKDE!! Yeayy!! Suka sangat!

Nak tahu tak apa yang nurr amalkan?
Konsisten ambil Vitamin C. Vitamin C ni bagus tau untuk tingkatkan sistem imunisasi kita. Sejak amalkan vitamin C ni memang jarang la demam / selsema. Yang paling best kalau demam / selsema pun tak teruk. Ringan-ringan dan sekejap je.. Jadi takde lah mengganggu aktiviti seharian.

Nurr bukan main ambil sebarangan vitamin ye. Yelah nak masukkan dalam badan. Nurr pilih vitamin organik dan selamat iaitu Vitamin C Shaklee.

Korang tau tak 1 biji Vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji Sunkist. Woww!! Kalau kita nak makan 7 biji sunkist sekaligus memang kembung la perut kan..hehehe



Nurr memang sangat-sangat sarankan semua orang amalkan vitamin C ni. Bulan ni ada promosi tau. harga sangat murah dan berpatutan. Sebotol ada 180 biji ye. Jimat sangat! Korang boleh whatApps atau PM nurr di facebook.

WhatApps : 017 7533563
FB : Tuan Putri Nurr



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons