May 25, 2015

REVIEW : SELAMAT TINGGAL RAMBUT NIPIS - PART 2

Selamat pagiiiii

Seperti yang dijanjikan... sambungan daripada Part 1.

Setelah bertahun cuba macam-macam produk, akhirnya beberapa bulan yang lepas... Kalau tak silap pertengahan bulan 2/2015. Nurr ada purchase beberapa supplement ni. Beli supplement ni bukan niat untuk rawat rambut nipis & gugur tetapi untuk kulit.

Masa tu dah sedar dalam bilik air rambut dah kurang berterabur. Lagi 1 bila sikat / ikat rambut macam agak tebal sedikit. Buat tak tahu je la sebab takut perasaan je. Bukan apa dulu-dulu kalau balik kampung mesti tanya " Tebal tak rambut k,long sekarang? ".. Hahahaha... Adik jujur jawab "Biasa je". Ok kali ni dah tak nak dah syok sendiri.

Sampailah En. Suami tegur "Sayang nampak cantik sebab rambut dah tebal"... Haa...nampak tak? Dengan berbunga-bunga cakap kat En.suami "Yelah, sayang kan makan supplement..Mesti rambut cukup vitamin". Sesetengah orang, ada yang berpendapat takpe rambut nipis ke botak ke sebab pakai tudung. Ingat ye! Rambut mahkota wanita.. Sape nak tengok? Opkos suami kita sendiri. Memang kadang-kadang dia tak cakap direct. Tapi dia ade bagi hint tau.. Contohnya "Sayang nampak sihat kalau rambut tebal sikit". Maknanya kita kena paham-paham la ye...

Macam nurr sendiri, En. suami bukan setakat bagi hint je tapi siap beli apa-apa produk untuk nurr.. Alhamdulillah.. syukur dapat suami yang prihatin macam ni.

Eh kemain bercerita tapi tak beritahu pun ambil supplement apa..hehehe
Nurr ambil produk Shaklee...ESP, Vit C dan Vit E.. Macam nurr cakap, ambil untuk kulit tapi bonus kat rambut. Protein memang diperlukan untuk rambut tau. Kalau sesiapa yang nak try boleh try set yang nurr guna tu. Tapi jangan lupa add-onn zinc complex. Kalau takde bajet just ambil Zinc Complex atau ESP + Zinc Complex.

Sape-sape nak try boleh contact nurr la ye.. boleh inbox kat FB : Tuan Putri Nurr atau whatApps ke 017 7533563. Kalau beli set nurr bagi diskaun tapi jangan lupa mention " SAYA PEMBACA BLOG NURR".




May 23, 2015

Dear Dumb Diary

Haiii.....

Sebenarnya tengah tengok cerita Dear Dumb Diary.. Pasal budak sekolah yang tulis semua benda dalam diary dia tu. Dia suka siapa... Dia buat apa..apa yang dia nak..macam-macam lagi la.

OK tak nak cerita pasal tu.... Tetiba rasa terimbas kembali zaman dahulukala. Masa zaman kecik rasa bestnya jadi dewasa. Tak sabar nak jadi dewasa...

Tak sabar nak masuk U pastu terjumpa BF masa tengah cari buku kat library... Haa.. Kononnya! Drama sangatkan. Hakikatnya siapa la mak jemah ni. Selekeh je masa studi dulu. Perasan selekeh sebab tengok gambar lama-lama. Patut la takde peminat! Hahaha

Tak sabar nak kerja..tak sabar nak pakai high heels, tak sabar nak kuar shopping dengan duit sendiri dan tak sabar nak drive kete sendiri. Hakikatnya sekarang malas giler nak drive.

Tapi tu la kan...masa kecik macam-macam impian yang kita nak. Jangan cakap korang takde rasa macam nurr rasa masa kecik ye! Nampak sangat tipu kalau takde impian tu.

Pastu berangan ada BF kacak...hahaha... Kuar dating.. Caring sangat-sangat! Oke ni pengaruh banyak sangat baca novel cinta. Sebab tu kuat berangan. Kurangkan baca novel cinta.. Tipu je semua tu..nyampah tau mak jemah!

Oh.. Hati tetiba feeling something... Rasa macam zaman sekolah dulu. Hahaha! Pang pipi sendiri.. Berangan banyak!

Sekarang ni baru tahu real life.. Tough ya! Bukan semua macam dalam novel ye. Untung la sape-sape yang cantik tu mesti banyak warna warni hidup korang. Eh tetiba!

Citer dah abes.. Tata titi titu

May 22, 2015

Review : Selamat Tinggal Rambut Nipis - Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca


Hari ni nurr nak sharing pasal rambut nipis dan keguguran rambut.
Bila semua pasal rambut nipis, gugur mesti risau sangat-sangat.. Yelah rambut tu mahkota kita. Sebab apa disebut mahkota sebab dia terletak kat paling atas dan tak tersembunyi.



Nurr pernah melalui fasa rambut nipis sehingga nampak kulit kepala. Scary kan? Hakikatnya begitulah... Tetapi itu duluuu.....

Dulu nurr ingatkan rambut nurr nipis ni memang sejak azali lagi. Bila orang tanya mesti cakap sejak kecil memang rambut nipis..jenis rambut halus. Kadang-kadang memang rasa down jugak laa... Pernah masa belajar housemate nurr siap sentuh lagi kepala nurr sambil cakap " Eee...nampak kulit kepala ". Korang rasa? Sabar je lah..

Sampailah bila dah kerja, rasa terdetik nak pegi jumpa pakar rambut. Nurr pegi Yxx Nxx Hair Care  di The Curve minta kawan temankan.. Rawatan percuma 1x. Masa tu la dia scan kulit kepala nurr. Tengok apa sebenarnya masalah. Korang tau tak, memang teruk sangat2! Apa yang teruk? Setiap 1 liang roma rambut nurr cuma ada 1 rambut sahaja. Korang bayangkan kalau rambut tu tercabut, maknanya dah takde dah rambut lain. OMG!! Itu tidak normal kata pakar berkenaan. Biasanya rambut yang normal dan sihat akan ada 3-4 rambut dalam 1 liang roma rambut tu.

Jadi apa yang nurr buat? Teruskan rawatan kat situ ke? Tak mampu uolssss T___T
Gaji nak makan pun tak cukup. Dia minta bayar cash RM2600 atau kredit kad. Masa tu tak tahu macam mana nak tolak. Yelah gaji kerani lepas grad sekitar taon 2008 dalam lingkungan RM800 sahaja. Korang rasa? Macam-macam alasan bagi kat konsultan tu. Dia pun macam memaksa walaupun dah cakap tak nak tak nak. At the End, berjaya keluar dari pusat itu tanpa teruskan rawatan. Tetapi tidak berjaya merawat rambut.



Panjang pulak entry ni... soriii*******



Ada 2 ilmu dan info yang nurr dapat semasa berjumpa pakar rambut.


1. Gunakan shampoo yang betul 

Semasa tuang shampoo atas tangan dan kalau rasa panas, JANGAN GUNA shampoo tu. Buang terus! Siap konsultan tu pesan " Balik rumah ni buang semua shampoo u ". Kalau rasa sejuk, maksudnya tu Shampoo yang sesuai.

Shampoo yang kita guna selepas bershampoo kita rasa rambut kering sebenarnya itu shampoo yang baik. Kerana betul-betul telah bersihkan rambut. Lepas tu baru pakai pelembap tapi make sure jangan sampai ke kulit kepala. Ramai yang salah anggap shampoo yang digunakan itu tidak sesuai jika rambut rasa kering selepas bershampoo.


2. Shampoo rambut setiap hari

" Bila you shampoo rambut? "
Ni soalan cepu emas yang ditanya tapi teragak-agak nak jawab. Nurr bagitahu 2-3x seminggu.. Siap kena marah dengan konsultan tu. " Kalau kita sabun badan kita setiap hari, kenapa rambut kita cuma shampoo 2-3x seminggu?! Muka pun kita cuci setiap hari " Errr T____T.
Rambut kena shampoo setiap hari lebih-lebih lagi kalau kulit kepala berminyak. Dia cakap lagi setiap hari rambut kulit kepala terdedah dengan kotoran ( kalau freehair ), kulit kepala berpeluh dan berminyak ( bagi yang bertudung ). Bila kulit kepala kita tidak sihat, ini yang menyebabkan akar rambut kita tidak sihat dan lemah.



Sebabkan tak mampu nak buat rawatan tu, nurr buat rawatan alternatif.
Nak tahu apa rawatan alternatif tu? Tunggu PART 2 ye! Hahahaha.....Penat jari duk ketuk keyboard


Part-2 <--- br="" updated="">

May 21, 2015

Tips Kurus bersama Nurr


WOW! Tajuk entry tak tahan...kihkihkih

Kurus sangat ke nurr ni? Tak kurus cekeding tak gemuk juga.. Yang sedang-sedang saja. Yang penting berat badan ideal. Alhamdulillah

Sempena hari Khamis nurr nak share tips tanpa perlu nak diet bagai. Eh kenapa hari Khamis?
Hahaha..takde apa-apa..saje-saje.



===========================================================

NAK KURUSKAN BADAN TIDAK SEMESTINYA PERLU IKAT PERUT
===========================================================


1. Wajib Makan Sarapan

Ya, faktor utama kita gagal menurunkan berat badan ialah RASA LAPAR dan perut minta diisi.
Ini antara sebab kita makan lebih dari yang sepatutnya. Selalu tinggal sarapan pagi.
Waktu pagi seeloknya kita makan makanan berat dengan menu sihat. Barulah bertenaga sehingga ke tengahari.


2. Berhenti Makan Sebelum Kenyang dan Makan Sebelum Lapar

Inilah amalan yang dianjurkan dalam Islam tetapi kita buat tak tahu. Sebab apa? Sebab gagal kawal nafsu makan. Nak-nak kalau makanan tu sedap sangat!


3. Jangan bertangguh makan

Tetapkan masa yang sama untuk makan setiap hari. Jangan bertangguh kalau lapar dengan alasan nak siapkan kerja atau nak kejar dateline.
Ingat! Makan semasa kita sangat-sangat lapar biasanya nafsu lebih menguasai dan menyebabkan kita akan makan melebihi yang sepatutnya.


4. Makan Snek


Jika lapar diluar waktu makan, elakkan mengambil makanan berat seperti nasi.

Jangan jadikan amalan " Bila lapar je makan nasi..Bila lapar je buka periuk nasi ".
Cuba makan snek seperti biskut dll.


5. Makan malam awal

Seeloknya sebelum maghrib kerana akan membantu perut kita menghadam makanan sebelum kita tidur dan menukarnya menjadi tenaga.


Jangan lupa tidur awal juga. Biasanya kalau kita berjaga sehingga lewat malam, kita mungkin akan rasa lapar dan menyebabkan kita akan makan lewat malam. It's ok kalau supper ringan-ringan macam biskut.


Last but not list. Jangan lupa minum air putih banyak-banyak. Kurangkan minum minuman manis-manis tau. Yang ni memang nurr amalkan setiap hari.


================================
Nak cuba Set Slimming bersama Nurr?
WhatApps / PM
017 7533563

FB: Tuan Putri Nurr

===============================




May 19, 2015

Nasi Arab Restoran Saba, Cyberjaya

Selamat pagi semuaaa....

Finally sampai juga kat Restoran Saba, Cyberjaya yang terkenal dengan keenakan nasi arabnya. Nurr ni nama je keje kat Cyber. Sebelum ni kalau orang tanya kedai nasi arab tersohor memang tak tahu..haha

Nak dijadikan cerita hari Ahad tu macam malas sikit nak masak sebabnya takde apa-apa dalam peti ais. So, En.Suami ajak makan nasi arab. Nurr on je laa..memang nak dia rasa nasi arab best tuh. Nurr tukang tunjuk jalan sebab dah tahu lokasi kat mana jadi senang la.




Nak cari Restoran Saba ni senang je sekarang ni. Sebelah The Pulze je... Alaa...shopping mall yang baru buka tu laa.. Hari Jumaat memang selalu jenjalan kat The Pulze ni. Kalau tak tahu The Pulze, boleh try cari Bus Station atau Tune Hotel. Dekat-dekat tu je laa..

Kitorg pegi dalam pukul 2 lebih. Sampai-sampai je, mak aihhh ramai giler orang! Full House oke! Tapi alang-alang nak sampai tunggu je laa... Kena tulis nama untuk Q. Tunggu pun takde la lama sangat dalam 20 minit gitu kot.

En. Suami je makan Hanith Lamb.. Nasi dia sedap dan berperisa.. Daging die pun lembut sangat. Ambil yang regular je..tu pun banyak. Nurr makan chicken grill je sebab dah kenyang makan sate kat umah! Rugi dah kenyang! Patut kalau nak pegi sini biarkan perut kosong. Takpe next time kita pegi dengan kawan-kawan pulak sebab dekat ngn opis. Jadi takde la rasa serba salah sebab En.Suami dah makan..hehehe....eh gitu?

Ok tu je la nak share. Recommended kalau korang nak makan nasi arab. Gambar makanan tak ambil sebab sampai je order terus makan..hahaha... tak sempat-sempat

May 13, 2015

Berpada-pada berkongsi di Facebook

Selamat petang semua :)
Sihat ke?

Baru je lepas jalan-jalan kat timeline Facebook. Macam-macam status ada. Paling nurr suka mestilah status-status yang membina. Ambil aura positif sket. Kipidap korang!

Cuma kan... ermmm....nurr sebenarnya just nak ingatkan diri sendiri dan juga sesiapa je yang baca entry ni. Bukan cemburu atau iri hati. Cuma berpada-padalah setiap kali share apa-apa sahaja di Facebook. Sebelum tekan butang post sila fikir 7,8 kali apa kesan jika kita kongsikan sesuatu.

Macam nurr sendiri pun setiap kali nak share ape2 mesti fikir banyak kali. Kadang2 tu baru tekan post cepat2 delete. Fikir semua benda..apa yang orang akan kata kalau tengok apa yang nurr kongsikan tu. Apa effect kepada diri sendiri selepas share tu. Sebab tu nurr kurangkan berkongsi pasal kehidupan peribadi nurr. Kongsi apa yang perlu sahaja :)

Baru lepas tengok seseorang ni berstatus isteri. Share gambar dengan suami nak kiss2, peluk2 atas katil..rasanya macam tak sesuai dikongsikan. Bukan cemburu atau iri hati dengan kebahagiaan korang cuma macam saya cakap lah. Bukan semua benda tu sesuai untuk tontonan umum. Ada sape2 nak kondem apa yang saya tulis ni? Kalau ada yang cakap "Alaaa...biasa la tu..tu pun nak kecoh". Kita ada agama...kita ada pegangan, Benda itu bukan biasa. Kalau betul biasa, pegi lah cuba berjimak dekat roundabout biar semua orang tengok. Bak kata UAI.

Ingatan dan nasihat ini untuk diri sendiri dan kamu..kamu..kamu... Tanamkan sedikit rasa malu dalam diri. Jangan buka aib sendiri nanti tak pasal timbul fitnah.

Ambil yang positif buangkan yang negatif. Berpesan-pesanlah sesama kita untuk kebaikan kita juga :)
Nurr bukan alim ulama..bukan juga orang yang hebat dalam agama. Cuma sekadar menegur apa yang dirasa tidak betul. Wallahualam~~

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons