February 6, 2015

Wang Hantaran : Apa Pilihan Korang?

Salam Jumaat dan selamat pagi.
Semoga semua pembaca blog nurr dirahmati olehNya.




Nak citer pasal mas kawin tapi tak tahu macam mana nak mulakan. Ermm..... OK lah senang citer nurr ceritakan berdasarkan kisah benar & pengalaman sendiri la ye.

Mas kahwin / duit hantaran ni biasanya pihak lelaki la yang akan terasa bebanannya kan. Kalau boleh nak bagi sikit je kan. Betul ke tak? Hahaha... Jawab jangan tak jawab. Nurr asal dari Kelantan, so mas kawin = wang hantaran. Masa tu nurr tak tetapkan pun berapa mas kawin tu (Biar pun sejak zaman sekolah dah pasang niat nak 8K paling minimum). Hahaha..gittewww.. Nurr cakap je kat En.suami, bagi la berapa pun asalkan ikhlas.

Nak dijadikan cerita, dalam masa proses persediaan tu kami berdua mengalami kesukaran aka sedikit ujian dari Allah (Masa tu tahun 2010). Setelah nurr berfikir dan berfikir...muhasabah diri...fikir baik buruk. Bincang dengan En.suami (walaupun pada mulanya dia tak setuju), namun akhirnya dia akur lepas nurr tegaskan betul yakin nak dinar sebagai mas kahwin.  Ini adalah satu cara macam mana nak elakkan orang bercakap-cakap? Al-maklumlah orang-orang ni kadang-kadang kalau mas kawin/wang hantaran sikit pun bercakap jugak. Yela soalan pertama yang biasa orang tanya " Berapa duit hantaran?". Makin banyak wang hantaran yang diterima, opkos la tanggapan tu makin tinggi. Jadi nurr minta wang hantaran nurr dalam bentuk emas iaitu Dinar. Nurr mintak tak banyak pun..5 Dinar je. Tapi alhamdulillah rezeki dari Allah, En.suami hadiahkan 10 dinar KGT :)

Apa yang bestnya wang hantaran dalam dinar emas ni adalah selepas kahwin. Cuba korang bayangkan apa jadi kalau nurr mintak wang hantaran dalam bentuk fiat (wang kertas)? Rasanya 1-2 bulan dah entah ke mana. Alhamdulillah nurr buat 1 keputusan yang betul. Masuk tahun ke-3 perkahwinan, 10 dinar tu masih ada.

Nasihat untuk yang bakal berkahwin, awal perkahwinan memang sangat struggle dari segi kewangan. Jika ada dinar (emas), sekurang-kurangnya itu adalah pelaburan. Kita boleh simpan (pajak) waktu kita perlukan duit. Fikir dan research untuk masa depan bersama ;)

Kalau berminat boleh berurusan dengan MKF Jewels. Salah seorang seller yang dipercayai. Nurr kalau apa-apa pasal emas memang selalu rujuk dia.


*** Selamat menempuhi alam berumahtangga kepada bakal pengantin di luar sana

0 berani bersuara: