February 17, 2015

TTC Part 2

Assalamualaikum..

sambungan dari TTC Part 1

Nak citer 4,5 hari ni macam tak bape sihat. Pening, loya, rasa menggigil. Padahal makan tak pernah skip. Kalau malam sekali pun tetap makan walaupun coco crunch dengan susu. Tak nak letakkan harapan setinggi gunung takut-takut ni sindrom PMS atau badan berangin.

Masuk hari ini dah 2 hari Cik. P lewat. Berjaga-jaga juga sebab ada jugak terasa sesekali sakit perut. Dah buat UPT tapi -ve. Kalau dah -ve tu maknanya takde la tu ye?. Mungkin Cik P saje nak bergurau. Tak pun dia pegi holiday sampai terlupa nak balik..Opss..gitu plak..hehe..

Tapi kadang-kadang kalau kita tertunggu-tunggu cik P, dia pon mula la malu-malu. Sabar je laa... Just wait & see.. Ada rezeki ada laa...haaa nampak tak betapa redha dan pasrahnya di situ..hehe

Nak share macam-macam yang nurr dah cuba

  • Buah zuriat
  • Minum susu kambing blend dengan kurma
  • Minum dherb tu
  • Minum pati gulsan
  • Makan buah delima
  • Urut dengan bidan kampung


tapi tu lah..orang cakap kalau dah belum rezeki, memang tak kan ada la. Walaupun banyak dah berikhtiar



***Doakan nurr dapat baby :)


0 berani bersuara:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons