February 5, 2015

Aku, Dia & PJJ

Salam & Selamat Pagi..

Hari ni nurr nak sentuh pasal Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ).. Ye jarak jauh. Sape geng nurr angkat tangan cepat! :p

Jumpa sebulan sekali. Kalau ada rezeki, jumpa la 3 minggu sekali. Kadang-kadang tunggu gaji baru dapat jumpa. Korang yang tak PJJ tu untung. En. Suami selalu ada..ada teman nak berbual..ada teman nak pegi jalan-jalan. Macam nurr, kalau weekend duduk rumah je. Kalau bosan tahap gaban baru la ajak kawan keluar. Tu pon kadang-kadang je.

gambar pinjam kat google :p

Tau tak ape perasaan bila dah lama tak jumpa? Dan bila tertunggu-tunggu masa nak jumpa? Rasa nervous, gelisah, excited. Nurr rasa sebab tu la kot nurr tak lena tido malam..hehehe..sabo je la kan.. Macam baru bercinta plak rasanya.

Preparation? Of course la nak buat yang terbaik. Kemas umah, masak sedap-sedap, make sure penampilan diri cantik. Tapi yang tak bestnye bila masak tak menjadi. Adoiii....sebabnya nervous sangat nak buat yang terbaik sampai tak menjadi plak. Pastu kalo time En.Suami nak balik cik jerawat plak nak bertandang..adoiii..stress mak jemah! Pastu mula tempek apa2 dengan niat supaya cik jerawat tu surut. Tapi kadang-kadang makin kita belek dia, makin besar pulak dia. Eiiiiii...dushh3x!

Cadangnya Cuti Raya China nak pegi holiday dekat2 je. Apa aktiviti menarik yang boleh buat kat PD? Hotel / Resort mana yang best untuk check in? Suggestion Pleaseee.......


Psstttt: Doakan kami dapat anak


0 berani bersuara: