February 10, 2014

Perkahwinan Jarak Jauh ( PJJ )

Assalamualaikum dan selamat pagi semua penduduk bumi

PJJ oh PJJ

Sadis..sedih..perit...semua ada

PJJ sekarang ni nurr rasa dah jadi macam kebiasaan pulak kat semua pasangan yang baru kahwin.. eh yang dah lama kawen pun ada juga yang PJJ. Semuanya faktor ekonomi dan taraf hidup. Isteri tak dapat nak jadi suri rumah sepenuh masa. Setuju tak? Kalau yang dah ada anak tu lagi laaa...kompem2 la si isteri je yg uruskan.

Ada yang jadi pasangan hujung minggu / bulan / tahun....oh peritnyaaaaaaa

Untuk pasangan PJJ, ada beberapa perkara yang anda perlu ada

  • Setia ( INI SANGAT PENTING!)
  • Jujur (YANG NI PUN PENTING!)
  • Sabar ( Yang ni terpaksa la )
  • Berfikiran Positif ( Yang ni pon satu hal jugak. Susah sangat nak buat )

Semalam dapat call daripada en.somi yang jauh nun di sana.
En. Somi : Boleh tak nak pergi Sabah? Ada job 2 tahun kat sana. Start 1 Mac
Nurr: Sabah? awal bulan depan? ............ (speechless)
pic ni sedih giler (curi dari google)

Perkara yang mula-mula terlintas kat fikiran --> ANAK
Kitorang bukannya ada anak lagi..sedang berusaha nak dapatkan anak penyambung warisan agama. Kalau duk jauh macam mana?? Arghhh stressss!!!
Pangggg!! (Lempang pipi sendiri). Jangan fikir macam takde agama cik puan nurr oiii...
Tuhan tu perancang yang hebat. KUN FA YA KUN
Beriman kepada Qada' & Qadar dan hadap je semua yang berlaku tu. Biaq pi la orang nak kata apa  pun (err..tetiba cakap kedah)

Baiklah..baiklah...fikir secara positif dan beriman. Bersyukur tuhan masih bagi rezeki T___T
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.

Chaiyokkk! Chaiyokk!! Saya Kuat!


3 berani bersuara:

Cik Puan Eka said...

Kadang2 rasa tak kuat kan Nur. Tapi alhamdulillah sekarang ni okey skit.

tuan muslim said...

Yup kadang-kadang rasa x kuat sebab takde tempat nk bergantung. lebih-lebih lagi kalo jauh dr family

nurr said...

opsss...tersend guna id asben lak :p

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons