February 4, 2014

Kena call 1MOCC atau tidak?

selamat pagi semua! (ala-ala upin dan ipin) :p

Kat bawah ni nurr senaraikan kementerian dan jabatan dibawah 1MOCC (Pusat Panggilan Kerajaan) atau dikenali sebagai 03- 8000 8000 supaya korang tak sesat jalan nanti. Kang nak call pizza/Astro/Syarikat ABC pegi call sana. APTB


UNTUK MAKLUMAN, HANYA KEMENTERIAN / JABATAN DI PUTRAJAYA SAHAJA DIBAWAH KAWALAN 1MOCC DAN ITU PUN TIDAK SEMUA TELAH DILETAKKAN DIBAWAH 1MOCC

Senarai kementerian dan jabatan di bawah 1MOCC ( hanya di Putrajaya sahaja )

  • Jabatan Perdana Menteri (Termasuk 19 Agensi dibawah JPM)
  • Jabatan Pengangkutan Jalan ( HQ )
  • Jabatan Pendaftaran Negara ( HQ )
  • Jabatan Imigresen Malaysia ( HQ )
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (HQ)
  • Kementerian Dalam Negeri
  • KPDNKK
  • Kementerian Pengangkutan
  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI )
  • Perbadanan Putrajaya (PPj)
  • Kementerian Luar Negeri ( Wisma Putra )
  • Kementerian Wilayah Persekutuan
  • Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  • Kementerian Kesejahteraan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Kementerian Sumber Manusia
  • Kementerian Pelancongan
  • Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Kementerian Kewangan Malaysia
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Kementerian Kerja Raya
  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
  • Kementerian Pertahanan  (Talian Umum: 0320598200/8400)
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Talian Umum: 0388717330)
Jika tiada tersenarai jabatan atau tempat-tempat yang korang nak hubungi, maksudnya tak payah la hubungi 1MOCC. Sebab apa? Sebab maklumat tiada dalam data. 1MOCC guna kod untuk sambung ke kementerian/jabatan dibawahnyaaaaaa......maksudnya jika tidak tersenarai, maka tiada direktori atau maklumat ye.

Sama juga jika jabatan berkenaan di negeri-negeri, biasanya pegawai khidmat pelanggan hanya akan bagi no telefon sahaja kecuali atas budi bicara pegawai yang berkenaan yang baik hati offer untuk sambung sebab korang sangat berbudi bahasa semasa bercakap dengan dia.

BAGAIMANA UNTUK MEMPERCEPATKAN PROSES PENYAMBUNGAN TALIAN (incase kedekut kredit tak banyak)
  • Anda tahu dengan siapa ingin bercakap / no sambungan
  • Dengan bahagian / jabatan mana anda ingin berurusan
  • Apa urusan anda ( INI PENTING! Jika anda tidak tahu ingin berurusan dengan siapa / jabatan mana)
Sebab apa? sebab dalam sebuah jabatan ada banyak bahagian. bawah bahagian ada banyak cawangan. bawah cawangan ada banyak seksyen atau unit..haaaa..sangat banyakkkk....dan orang yang bekerja pun sangat la ramaiiiiii...setiap orang berbeza tugas dorang. Faham kan? Haaa...tak faham? Sila baca balik dari atas >.<!

KECEMASAN..NENONG NENONG NENONG!

Jika KECEMASAN dan perlu hubungi BOMBA/POLIS/JPAM sebab kebakaran atau eksiden dll, terus je hubungi 999. Ulang suara hubungi nombor 999 TALIAN KECEMASAN ANDA atau yang berkenaan di kawasan anda.

Jika anda ingin dapatkan no telefon syarikat swasta boleh hubungi TM di talian 103 ye! INGAT SWASTA INGAT TM bukan 1MOCC. Jika TM tak tahu dan suruh hubungi 1MOCC, korang basuh je dorang balik!

Last but not list. Benda simple. Jika anda manusia zaman teknologi, anda semestinya celik IT. Anda-anda juga boleh semak direktori atau senang citer, no telefon orang/bahagian yang anda ingin hubungi boleh semak di website/ laman web jabatan/kementerian yang berkenaan. Setiap jabatan ada direktori masing-masing yang telah dimasukkan di dalam website masing. Jika anda bijak anda akan menggunakan teknologi smartphone anda secara bijak juga la ye. Aiii...FB boleh takkan nak google cari no telefon pon tak boleh? kecuali kalau tiada data internet itu dimaafkan.

Oke, itu saja..babai..dah kul 2pm nak fokus keje



0 berani bersuara: