December 20, 2014

TTC Part 1

Assalamualaikum semua :)

2 tahun lebih usia perkahwinan nurr. Mungkin masih belum rezeki dan kami masih berdua. Alhamdulillah walaupun belum ada rezeki anak, kami diberi rezeki yang lain... Keep positive dan sentiasa berharap.

Setahun yg lepas kalo lewat sket miss P mesti nk wt UPT. Kadang2 false alarm.. Nurr ada juga baca kalau kita terlalu fikirkan psl pregnant, nanti kita akan alami keadaan dimana kita akan rasa seperti pregnant. Macam miss P lambat, muntah2, sakit kepala, perut kembung dll. Itu sangat tak bagus utk mental & fizikal.

Masuk tahun ke-2 nurr dah tak nak fikirkan sangat dah pasal ni. Walaupun kadang2 hati terasa bila tgk org2 sekeliling yang pregnant. Lagi terasa bila ada yang mula tnya "bila lagi". Kuatkan semangat... Mungkin belum rezeki. Kadang-kadang nurr pernah gak jawab balik "ingat boleh beli?". Plezz hormati dan fahami hati kami.

Korang macam mana? Ada yang senasib ngn nurr tak? Apa ikhtiar yang korang buat? Jom share. Ingat nak pegi jumpa O&G tapi tak tahu macam mana prosedur dan kat mana nak buat.

XOXO

August 23, 2014

Review : Slim Up Smart Pants

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua

Kesedihan hari perkabungan Msia #MH17 masih lagi terasa. Al-fatihah dan takziah buat keluarga mangsa.

Entry arini nurr nak bagi kegembiraan buat sesiapa di luar sana yang rasa sedih & down sebab masalah berat badan, selulit dan yang seumpamanya :)

Jeng..jeng..jeng...! ( muzik latar katanya )

Tengok video ni dulu ye :)



Dah tengok ke?

Haaa...nurr tengok ada yang dah tersenyum dan ada yang dah excited!!

Macam mana nak beli? Macam mana nak beli?
Relaksss....nanti nurr bagitau ye :)








Sila Pilih saiz yang lebih kecil jika ukuran saiz pinggang dan pinggul tergolong dalam kategori yang berbeza.

S : Pinggang 67cm – 74cm Pinggul 93cm – 98cm
M : Pinggang 75cm – 83cm Pinggul 99cm – 108cm
L : Pinggang 84cm – 91cm Pinggul 109cm – 117cm
XL : Pinggang 92cm – 105cm Pinggul 118cm – 130cm


Harga berganda-ganda murah dari Pesaing ^__^



atau 

Boleh ke mana-mana cawangan Cosway yang berdekatan :)
*** Boleh guna ID nurr MY615309


Ini Shankey. 1st time jumpa dia agak chubby la...sekarang ni Look at her! Amazing!


Murahkan? Kalau compare dengan pasaran luar sana harga memang cecah ribu riban. 
Smart Pant ni bukan yang macam sesetengah korset yang cantik time pakai je. Bila dah buka, badan tang tu je... Smart Pant yang ini kalau diamalkan akan membuatkan badan langsing, selulit akan hilang, firmkan badan kita dan yang penting dalam masa yang sama boleh mencerahkan kulit. Best tak?

Haa...tunggu apa lagi, cepat serbu COSWAY!

Ni ID nurr : MY615309 NURUL ASNIRA



August 7, 2014

Tema & Logo Kemerdekaan ke-57

Klik untuk baca


SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-57

Psstttt: Merdekakah kita?

July 18, 2014

Tragedi MH17







July 9, 2014

Wordless Wednesday | Stock In


XOXO,


July 5, 2014

Review : Badan Rasa Segar dengan Liquid Chlorophyll Plus


Selamat malam semua..

Belum terlambat kalau nurr nak ucapkan selamat berpuasa...luang masa 10 minit sebab nak share sesuatu yang sangat-sangat bagus.

Tadaaaa....




Setiap malam sebelum nurr memang akan pastikan untuk minum klorofil ni..sebabnya esoknya nak kena bangun awal pagi. Bila minum klorofil ni, nurr rasa badan rasa segar.  Suami nurr pun akan minta gak bancuhkan klorofil ni setiap malam. Klorofil ni takde rasa..jangan risau..kecuali la kalo korang letak terlampau banyak dia akan rasa kelat-kelat sikit...hehe


warna hijau macam warna sayur hijau


Klorofil ni lebih kurang macam spirulina..cuma dia jenis cecair. Sesiapa yang kurang makan sayur macam nurr sangatlah sesuai untuk ambil klorofil  ni. Kalau yang susah nak membuang pon disarankan ambil ni sebabnya dia akan detoks secara lembut.


Bancuh dengan air


Sebenarnya masa mula-mula beli, nurr minum beberapa kali je..pastu tersadai je dalam peti..ish3x! Membazir betul! Lepas tu tetiba ada akak ofis tanya pasal klorofil ni pastu siap bagitau feedback dia amek klorofil ni. Dia cakap " Dia 1 keluarga memang minum klorofil ni..bancuh dan kemudian letak dalam peti ais. Sedap! Pastu kalau anak / cucu dia tak sihat, bagi je minum ni cepat je baik. Yang lagi best, kalau luka atau gatal-gatal, letak je klorofil ni kat tempat luka / gatal-gatal tu. I.Allah cepat elok ".

Haaa....lepas dah dengar testimoni akak tu, terus je nurr continue minum klorofil ni. Daripada duk dalam peti tu, baik minum kannn

Fungsi Klorofil ni untuk mengoksigenkan & mengalkalikan badan kita.
  • Mempertingkatkan tahap oksigen di dalam badan
  • Menyingkirkan bahan buangan daripada badan dengan lembut
  • Mengurangkan kepanasan badan
  • Mengharumkan nafas & badan dari dalam ke luar
  • Mengalkalikan badan
  • Menggalakkan kulit yang sihat dan bersih

Harga Ahli Liquid Chlorophyll Pluss : RM38 sahaja ( Tahan 2-3 bulan )
Kalau time ada promosi lagi murah tau
Boleh beli kat mana-mana Outlet Cosway

uolss boleh guna ID nurr.
MY615309 NURUL ASNIRA


XOXO,



 

June 21, 2014

Menu Hari Ini : Masak Lemak Tempoyak




Salam semua.. Selamat berhujung minggu :)

Ok menu utama untuk hari ini atas permintaan En. Suami

Tadaaaa.....

Ikan Masak Lemak Tempoyak

 
Kalau makan siap tambah lagi tu maknanya sedap la tuuu....ok puji diri sendiri :p
Ni nurr guna ikan nyonyok ( Actually 1st time dengar nama ikan nih ) ... Sebab kat Kelantan tak penah dengar plak nama ikan ni...hehehe... panggilan lain-lain kot. Nurr tak kenal sangat nama-nama ikan ni..opsss...kantoi

Nurr kongsikan resepi dengan korang semua ye.. resepi ni untuk 2 orang makan

Bahan-bahan
 
Ikan 2 ketul
4 ulas bawang merah
3 ulas Bawang Putih
1 batang Serai
10 biji cili Padi 
Kunyit ( Nurr guna serbuk kunyit je )
2 keping asam
2 sudu besar tempoyak
Santan
Bendi ( boleh digantikan dengan lain-lain yang korang suka )
Garam + gula secukup rasa ( Nurr tak guna ajinomoto )

Cara memasak
 
1. Tumbuk / kisar bawang merah+putih, cili padi, serai & kunyit
2. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk / dikisar tadi sehingga naik bau
3. Masukkan santan dan sedikit air. Tunggu sehingga menggelegak sedikit
4. Masukkan tempoyak, garam & gula secukup rasa serta asam keping
5. Masukkan bendi & ikan
6. Tunggu ianya masak dan siap untuk dimakan. 

Yeay! senang kan?

Selamat mencuba & menjamu selera




June 18, 2014

Senarai Kementerian / Jabatan / Agensi di bawah 1MOCC

SEMAK DAHULU SEBELUM ANDA MENGHUBUNGI TALIAN 0380008000



June 15, 2014

Review : Nn Easy Slen


Salam semua :)

Kali ni nurr nak review produk pelangsingan baru dari cosway.



Dalam 1 kotak tu ada 10 botol yang mengandungi 50ml. Rasa dia memang sedap sebab rasa mangga. Masa mula-mula keluar, semua kawan-kawan nurr excited nak rasa produk ni. Apa yang bestnya semua cakap "Woww!". Bayangkan tak sampai seminggu dah rasa saiz pinggang seluar longgar sikit....bestkan..hehehe...opkos la best! Tu baru seminggu..kalo 10 minggu? OMG! tak sabar nak tunggu bukan?

Easy Slen ni dirumus unik berasaskan bahan semulajadi --> Mangga Afrika , Garcinia Cambogia ( Beri Brindall ) & Teh Ungu.

Apa yang best lagi? produk ni tiada penambahan gula, tiada bahan pengawet & pewarna tiruan. Produk ni juga sesuai untuk vegetarian.

Maaf ye testimoni bergambar nurr takde lagi sebab produk masih baru.. Sesiapa yang nak sahut cabaran untuk jadi  langsing? Jom sama-sama jadi langsing dan cantik :)

Kalau sesiapa sahaja berminat cepat serbu cosway yang berhampiran.
Boleh guna ID nurr MY615309 NURUL ASNIRA



February 10, 2014

Perkahwinan Jarak Jauh ( PJJ )

Assalamualaikum dan selamat pagi semua penduduk bumi

PJJ oh PJJ

Sadis..sedih..perit...semua ada

PJJ sekarang ni nurr rasa dah jadi macam kebiasaan pulak kat semua pasangan yang baru kahwin.. eh yang dah lama kawen pun ada juga yang PJJ. Semuanya faktor ekonomi dan taraf hidup. Isteri tak dapat nak jadi suri rumah sepenuh masa. Setuju tak? Kalau yang dah ada anak tu lagi laaa...kompem2 la si isteri je yg uruskan.

Ada yang jadi pasangan hujung minggu / bulan / tahun....oh peritnyaaaaaaa

Untuk pasangan PJJ, ada beberapa perkara yang anda perlu ada

  • Setia ( INI SANGAT PENTING!)
  • Jujur (YANG NI PUN PENTING!)
  • Sabar ( Yang ni terpaksa la )
  • Berfikiran Positif ( Yang ni pon satu hal jugak. Susah sangat nak buat )

Semalam dapat call daripada en.somi yang jauh nun di sana.
En. Somi : Boleh tak nak pergi Sabah? Ada job 2 tahun kat sana. Start 1 Mac
Nurr: Sabah? awal bulan depan? ............ (speechless)
pic ni sedih giler (curi dari google)

Perkara yang mula-mula terlintas kat fikiran --> ANAK
Kitorang bukannya ada anak lagi..sedang berusaha nak dapatkan anak penyambung warisan agama. Kalau duk jauh macam mana?? Arghhh stressss!!!
Pangggg!! (Lempang pipi sendiri). Jangan fikir macam takde agama cik puan nurr oiii...
Tuhan tu perancang yang hebat. KUN FA YA KUN
Beriman kepada Qada' & Qadar dan hadap je semua yang berlaku tu. Biaq pi la orang nak kata apa  pun (err..tetiba cakap kedah)

Baiklah..baiklah...fikir secara positif dan beriman. Bersyukur tuhan masih bagi rezeki T___T
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.

Chaiyokkk! Chaiyokk!! Saya Kuat!


February 4, 2014

Kena call 1MOCC atau tidak?

selamat pagi semua! (ala-ala upin dan ipin) :p

Kat bawah ni nurr senaraikan kementerian dan jabatan dibawah 1MOCC (Pusat Panggilan Kerajaan) atau dikenali sebagai 03- 8000 8000 supaya korang tak sesat jalan nanti. Kang nak call pizza/Astro/Syarikat ABC pegi call sana. APTB


UNTUK MAKLUMAN, HANYA KEMENTERIAN / JABATAN DI PUTRAJAYA SAHAJA DIBAWAH KAWALAN 1MOCC DAN ITU PUN TIDAK SEMUA TELAH DILETAKKAN DIBAWAH 1MOCC

Senarai kementerian dan jabatan di bawah 1MOCC ( hanya di Putrajaya sahaja )

  • Jabatan Perdana Menteri (Termasuk 19 Agensi dibawah JPM)
  • Jabatan Pengangkutan Jalan ( HQ )
  • Jabatan Pendaftaran Negara ( HQ )
  • Jabatan Imigresen Malaysia ( HQ )
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (HQ)
  • Kementerian Dalam Negeri
  • KPDNKK
  • Kementerian Pengangkutan
  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI )
  • Perbadanan Putrajaya (PPj)
  • Kementerian Luar Negeri ( Wisma Putra )
  • Kementerian Wilayah Persekutuan
  • Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  • Kementerian Kesejahteraan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Kementerian Sumber Manusia
  • Kementerian Pelancongan
  • Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Kementerian Kewangan Malaysia
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Kementerian Kerja Raya
  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
  • Kementerian Pertahanan  (Talian Umum: 0320598200/8400)
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Talian Umum: 0388717330)
Jika tiada tersenarai jabatan atau tempat-tempat yang korang nak hubungi, maksudnya tak payah la hubungi 1MOCC. Sebab apa? Sebab maklumat tiada dalam data. 1MOCC guna kod untuk sambung ke kementerian/jabatan dibawahnyaaaaaa......maksudnya jika tidak tersenarai, maka tiada direktori atau maklumat ye.

Sama juga jika jabatan berkenaan di negeri-negeri, biasanya pegawai khidmat pelanggan hanya akan bagi no telefon sahaja kecuali atas budi bicara pegawai yang berkenaan yang baik hati offer untuk sambung sebab korang sangat berbudi bahasa semasa bercakap dengan dia.

BAGAIMANA UNTUK MEMPERCEPATKAN PROSES PENYAMBUNGAN TALIAN (incase kedekut kredit tak banyak)
  • Anda tahu dengan siapa ingin bercakap / no sambungan
  • Dengan bahagian / jabatan mana anda ingin berurusan
  • Apa urusan anda ( INI PENTING! Jika anda tidak tahu ingin berurusan dengan siapa / jabatan mana)
Sebab apa? sebab dalam sebuah jabatan ada banyak bahagian. bawah bahagian ada banyak cawangan. bawah cawangan ada banyak seksyen atau unit..haaaa..sangat banyakkkk....dan orang yang bekerja pun sangat la ramaiiiiii...setiap orang berbeza tugas dorang. Faham kan? Haaa...tak faham? Sila baca balik dari atas >.<!

KECEMASAN..NENONG NENONG NENONG!

Jika KECEMASAN dan perlu hubungi BOMBA/POLIS/JPAM sebab kebakaran atau eksiden dll, terus je hubungi 999. Ulang suara hubungi nombor 999 TALIAN KECEMASAN ANDA atau yang berkenaan di kawasan anda.

Jika anda ingin dapatkan no telefon syarikat swasta boleh hubungi TM di talian 103 ye! INGAT SWASTA INGAT TM bukan 1MOCC. Jika TM tak tahu dan suruh hubungi 1MOCC, korang basuh je dorang balik!

Last but not list. Benda simple. Jika anda manusia zaman teknologi, anda semestinya celik IT. Anda-anda juga boleh semak direktori atau senang citer, no telefon orang/bahagian yang anda ingin hubungi boleh semak di website/ laman web jabatan/kementerian yang berkenaan. Setiap jabatan ada direktori masing-masing yang telah dimasukkan di dalam website masing. Jika anda bijak anda akan menggunakan teknologi smartphone anda secara bijak juga la ye. Aiii...FB boleh takkan nak google cari no telefon pon tak boleh? kecuali kalau tiada data internet itu dimaafkan.

Oke, itu saja..babai..dah kul 2pm nak fokus keje



February 3, 2014

Bantuan Baucer Harian RM35

Salam semua dan selamat tengahari

Oke harini banyak betul pertanyaan mengenai baucer harian RM35 tu.

Harap semua bertendang bertenang semua. Member sebelah ni baru je call Jobs Malaysia di talian 03-8320 2713/4/5

Bantuan ini akan diberikan kepada miskin tegar bandar

Apa yang anda perlu lakukan? Tak Perlu lakukan apa-apa. Duk diam-diam je
Tiada permohonan perlu dibuat. Tiada borang perlu di isi.

Pemilihan akan dilakukan terus oleh pihak Jobs Malaysia dan jika anda layak pihak Jobs Malaysia akan hubungi anda terus. Apa yang penting nama anda sudah berdaftar dengan eKasih dan gaji di bawah RM3000.

Macam mana nak daftar dengan eKasih? boleh ke Jabatan Pembangunan Persekutuan di negeri masing-masing

Ahaa...jangan ingat semua orang layak mendaftar dengan eKasih. Hanya yang betul-betul miskin dan menepati syarat je yang lepas.

Semak diri sendiri, kalau dah tiap minggu mampu makan KFC, McD, tengok wayang tu, jadi paham-paham sendiri la ye...huhuhu..berilah peluang kepada orang yang betul-betul yang memerlukan.

Maklumat lanjut terus je call Jobs Malaysia. Ni je serba sedikit info yang nurr tahu

Peace yawwww~~ v



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons