July 8, 2013

Karnival Kerjaya 2013 | KL Convention Centre

Assalamualaikum semua

6/7/2013 aritu, pegi kat Karnival Kerjaya di KL Convention Centre. Beria je bangun pagi2, naik komuter bagai dari kajang dengan harapan ada la peluang cerah yang menanti. At least pun ade sesi interview kat situ jugak. Tapi.....impian tinggal impian..hampehhhh..sia-sia je pegi..tak padan dengan letih sampai nak tecabut kaki ni haaa!

yang untungnya dapat goodies bag ni je

Kecik je event tuuuu.....pastu aku rasa, kitorg duk round tempat yang sama entah bape kali tak tahu laa dengan orang yang ramai dh macam sardin dah. Patut la aku tengok ramai yang dah kuar daripada hall, sedangkan baru je pukul 12.30 tengahari.. event plak baru je start kul 12.

Nape aku cakap rugi? nape aku cakap tak berbaloi?

Dah nama pun karnival kerjaya kan.. pegi sana opkos la tanya macam mana nak apply keje. Mungkin ada peluang nak drop resume ke ape kan. Tapi rata-rata company yang beso akan cakap "encik boleh apply kat website kami bla..bla..bla". Puihhhh....kalo setakat nak apply online, tak payah la kitorg susah-susah nak datang sejauh ni daripada kajang. Ntah pape

Kesian dowh ade yang bawak fail tebal-tebal. aku agak sampai ke sijil tadika dibawaknya sekali. Pastu bila tanya mesti cakap " Sorry untuk fresh graduate shj". Choyyy!! kat situ tulis fresh graduate with experience 2 years bla bla bla... kalo dah graduate macam mana plak nak bleh ade experience ber year2 tuh. Aku tengok ade jugak yang experience datang untuk upgrade kerjaya sama macam laki aku ni haa..tapi hampaa laaa..

Aku pun tak pasti samada event ni memang untuk pencari kerja atau semata-mata untuk meramaikan orang sempena launching program CEO Apprentice.  Tapi apa yang aku cakap ialah memang tak berbaloi.





0 berani bersuara:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons