July 17, 2013

Edisi Jom Tutup Aurat

Assalamualaikum dan selamat pagi semua

Selamat berpuasa untuk yang berpuasa

Entry hari ini nak ajak semua tutup aurat.. Mesti ada yang akan cakap..ek elehhhh macam la dia tu tutup aurat sempurna sangat.

Mungkin hari ini kita semua sudah menutup aurat tetapi belum cukup sempurna. Jadi mari lah kita sama-sama belajar dan upgrade diri kita ke arah yang lebih baik. Macam nurr sendiri, nurr mulakan dengan "labuhkan tudung dan tutup lah dada". Setiap kali sebelum keluar pegi keje atau keluar jalan-jalan, berdiri dengan cermin dan tanya ok ke tak ok ni. tengok baju dah bawah punggung tak. Tudung kat depan dah labuh ke?

Sejak umur makin meningkat ni, rasa malu tu datang sendiri kalau pakaian yang kita pakai tak tutup dengan sempurna. Walau apa pun, nurr masih berusaha untuk jadi lebih baik sekarang.

JOM KAWAN-KAWAN KITA BERUSAHA TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA



Ok, ni nurr share tips untuk  menutup aurat (kredit kepada: HARIAN ISLAM)


TIPS MENUTUP AURAT

1. TAHU
Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.
2. SEDAR
Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.
3. SYIAR
Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.
4. FUNGSI CERMIN
Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”
5. ASINGKAN
Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.
6. MALU
Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
7. SAHABAT
Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.
8. EKSKLUSIF
Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.
9. BANYAK MANFAAT
Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.
Kepada siapa aurat boleh diperlihatkan ??
    Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. ” [ An-Nur : 31 ]


0 berani bersuara: