June 16, 2012

Jangan Langgar Sempadan Agama

Assalamualaikum dan selamat petang semua

Sebenarnya dah lama aku nak berkongsi sedutan teks TITAH Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Sultan Azlan Shah sempena istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal ke-5 Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan ke-12 di Ipoh, Perak.

Teksnya sangat-sangat panjang tapi aku tertarik dengan salah satu perenggan ni..disebabkan aku ada sedikit masa percuma  free arini, dengan berbesar hatinya nak share dengan korang semua..chekidauttttt!

Kebelakangan ini, garis sempadan menyentuh agama Islam kelihatan mula dilanggar. Malah ada dikalangan bukan Islam yang semakin lantang mencabar perkara-perkara berkaitan Islam melalui ungkapan dan kenyataan bernada mempersendakan syariat, memperkecilkan akidah umat Islam, kini dipersoalkan - dipertikaikan - diperdebatkan secara terbuka oleh individu bukan Islam.

Perbuatan tersebut nyata melanggar sempadan, malanggar adat resam beragama secara aman dan damai. Tatasusila menghormati agama lain, tatasusila tidak memperkecilkan agama lain, tatasusila untuk tidak mencampuri urusan agama lain adalah tatasusila yang wajib dipatuhi, selaras dengan maksud yang terkandung dalam ayat tiga hingga ayat enam Surah Al Kaafiruun:

Perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan, secara terbuka dibimbangkan, berkemungkinan menjadi punca - mencetuskan berlakunya tragedi buruk. Oleh itu, perbuatan sedemikian wajib dihentikan dan secara tegas, dicegah dari dibenarkan berlaku.

Peringatan Beta! Bara Keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri - kelak nanti terhangus negeri.
"Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah, Dan aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah, Dan kamu tidak pernah (pula) menyembah Tuhan yang aku sembah, Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku"
Sumber: Utusan Malaysia m/s 10; Rabu 4 April 2012


Peringatan Beta! Bara Keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri - kelak nanti terhangus negeri



0 berani bersuara: