October 31, 2011

Ragut...Ragut..Ragut..

Assalamualaikum dan selamat malam

Entry untuk malam ni ringkas je
Tadi kawan aku diragut dan hampir ditikam...nasib baik die lepaskan purse die..kalau tak tak tau la ape jadi...Lokasi: Kajang
Nasihat aku untuk semua..Hati-hatilah walau kat mana je..kalau boleh barang-barang penting letak dalam poket..Jangan pegang wallet/purse kat tangan.

Jangan bergelut dengan peragut. Ini untuk mengelakkan kecederaan kepada sape-sape yang kena ragut.

Ingat! Barang yang hilang boleh dicari, Nyawa yang hilang tiada ganti



October 14, 2011

Bagaimana Bila Dia Tidak Setia?

Assalamualaikum dan selamat malam

Apa khabar semua? Malam ni just nak share serba sedikit tips yang aku harap mungkin dapat meringankan beban masalah korang berkaitan dengan pasangan yang mungkin berlaku CURANG

Curang....Erm....satu benda yang paling sukar untuk diterima kan? Paling sukar untuk dimaafkan dan dilupakan..betul tak? Dan yang paling menyakitkan..Proses penyembuhan akan mengambil masa yang agak lama..

Lalu bagaimana caranya kita menjalinkan hubungan selepas kejadian itu?

Berhenti Menghubunginya
Bagi pasangan yag dikhianati, akan merasa tidak tenteram bila pasangannya berhubungan lagi dengan yang bersangkutan. Segala hubungan baik melalui telefon atau dunia maya sebaiknya dihentikan. Bukan soal memutuskan silaturrahim, tetapi menyelamatkan masalah yang lebih besar.

Jika kebetulan bertemu dengan bekas kekasih gelapnya,  dia harus berkomitmen untuk bersikap wajar dan menceritakannya kepada pasangan secara terperinci sebelum ditanyakan. Termasuk ketika kekasih gelapnya masih menghubungi.

Jawab semua pertanyaan pasangan
Hubungan akan semakin erat apabila pasangan yang curang menjawab semua pertanyaan yang dikhianati. Satu kajian terhadap 1,083 pasangan suami isteri yang terlibat dalam kecurangan mengaku lebih damai ketika mendengar jawapan jujur daripada pasangan masing-masing ( Damai ke? bergantung kepada individu )

Peggy Vaughan, Pengarang ' The Monogamy Myth: A Personal Handbook for Recovering from Affairs' mengatakan memang awalnya sangat menyakitkan apabila mendengar pengakuan pasangan. Tetapi pada titik tertentu membicarakan hal tersebut adalah suatu proses penyembuhan.

Tujuan utama menjawab semua pertanyaan berkenaan kecurangan adalah untuk membangunkan kembali kepercayaan di antara pasangan. Jangan menyembunyi apapun, kerana apabila di kemudian hari hal ini terungkap, pasangan akan merasa dikhianati.

Penyesalan
Hubungan biasanya boleh bertahan apabila pasangan yang melakukan pngkhianatan menunjukkan penyesalan yang mendalam atas sikapnya. Pasangan yang curang harus menyedari bahawa kelakuannya menyakiti hati pasangan.

Ikuti Proses
Proses penyembuhan pasangan yang terlibat dalam kecurangan tidak boleh dipercepatkan. Mereka yang melakukan kecurangan harus sabar dan selalu menjawab pertanyaan berkenaan dengan peristiwa 'pahit' itu pada bila-bila masa sahaja. Cukup sekadar mendengar tanpa rasa marah atau emosi berlebihan.

Bertanggungjawab
Menyalahkan pasangan atas kecurangan yang terjadi tidak akan memberikan hasil apapun. Mereka yang berselingkuh harus benar-benar menunjukkan ketulusan dengan meminta maaf dan bersumpa tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Namun ingat, sumpah tidak menjamin pasangan yang dikhianati mempercayainya dengan begitu mudah. Dalam hatinya boleh tersimpan kebimbangan hal yang sama akan berulang kembali. Satu-satunya cara adalah memperbaharui komitmen rumahtangga.

Sabar
Mereka yang melakukan kecurangan harus sabar bagi mendapatkan kembali kepercayaan penuh daripada pasangannya. Hormatilah proses untuk menyembuhkan luka di hati. Bersabarlah....

October 10, 2011

Surat Untuk Calon Suamiku

Assalamualaikum wbt

Ke hadapan calon suamiku...

Apa khabar imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fana hidup ini? Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang kau genggam?

Wahai calon suamiku...

Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan sesungguhnya? Di sini aku dilatih untuk menjadi dewasa, agar kelak aku lebih bijak menyingkapi sebuah kehidupan dan sedia mendampingimu kelak. Meskipun kadang-kala keluh dan putus asa menghampiri, namun kini ku rasakan diri ini lebih baik.

Kadang-kala aku tertanya-tanya, mengapa Allah selalu menguji tepat dihatiku. Bahagian terlemah diriku, namun aku tahu jawapannya. Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingati-Nya, kembali mencintai-Nya. Ujia demi ujian insyallah akan membuat aku kuat, sehingga kelak kita disatukan, engkau berbangga memiliki aku dihatimu, menemani harimu.

Calon suamiku...

Entah bagaimana dirimu sekarang. Tetapi aku yakin Allah juga mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang hebat, hingga aku bangga memilikimu kelak. Apa yang aku harapkan daripadamu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang engkau harapkan daripadaku, hanya kesia-siaan yang engkau dapatkan.

Aku masih hauskan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada ketika ini, aku berharap dapat menjadi isteri yeng mendapat keredaan Allah dan dirimu, suamiku.

Wahai calon suamiku...
Aku ini seorang yang cemburu. Tetapi kalau Allah dan Rasulullah lebih engkau cintai daripada aku, aku rela. Aku harap begitu juga dirimu.

Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah; "Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia memberiku kaktus berduri. Aku minta kepada Allah haiwan kecil dan cantik, Dia memberiku ulat bulu. Aku sempat merasa kecewa. Betapa tidak adilnya dunia ini.

Namun kemudian kaktus itu berbunga indah. Dan ulat pula berubah menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah Allah, Dia tidak memberikan apa yang kita inginkan tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan."

Aku yakin engkaulah yang aku perlukan.

Calon suamiku yang dirahmati Allah...

Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, tidak akan kunamakan ia gubuk derita. Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih sayang.

Maka kini sedang kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersedia menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.

Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meskipun bukan umat yang terbaik, tetapi setidaknya menjadi yang terbaik disisimu kelak.

Calon suamiku...

Inilah sekilas harapan yang kuukir dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkap dengan kata-kata. Itulah yang ku hadapi kini. Kelak bila kita bersama, disitulah engkau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku akan belajar memahamimu.

Hidup ini indah bila engkau selalu hadir disisiku setiap waktu, hingga aku hembus nafas yang terakhir.

Wassalam...

Rujukan: Ya, Allah Diakah Jodohku


Tutorial Hiasan Bakul Yang Simple

Assalamualaikum dan selamat pagi

Memandangkan ramai sangat yang search kat blog aku ni pasal kawen, so arini aku nak share pasal tutorial yang serba ringkas untuk membuat hiasan kat bakul.. Bakul yang dihias ni boleh digunakan sebagai bekas untuk letak hantaran atau jugak untuk letak bunga telur atau cenderahati yang nak diberi kepada tetamu....eh...eh...cenderahati untuk tetamu bukan bagi dengan bakul-bakul sekali ok..hahaha...just senang untuk tuan umah pegang cenderahati banyak-banyak..


Jom kira bajet :
Bunga RM2.50x2 tangkai = RM5
Bakul RM11.90
Riben RM8.90
Riben Ready made RM2x2=RM4
Gam UHU RM7.80
JUMLAH = RM37.60

Mungkin agak besar jumlah di situ untuk 1 bakul kan? Tu sebab aku beli dalam kuantiti yang sikit..kalau beli banyak mesti dapat murah. Lagi 1 faktor tempat..huhu...aku beli gak sebab rasa nak sangat beli..huhu

 Potong batang bunga tu satu-satu..kemudian balut camni..kalau tak nak balut pun takpe..boleh selit-selit kat bakul 

 1. Lilit Riben keliling bakul ( caranya atas kreativiti sendiri)
2. Lilit Riben kat tangkai
3. Lekat kan riben kat tengah-tengah kiri kanan bakul

 Letakkan bunga di tangkat bakul sebelah kiri dan kanan

Adjustkan kedudukan bunga mengikut kreativiti supaya kelihatan menarik

Tadaaa....dah siap pun 
(barangan adalah gambar hiasan semata-mata)

Bakul gubahan ini bukan hantaran aku ok..hikhikhik.....saje untuk tutorial..Bakul ni aku nak letak bunga telur/gula2 je..saje je gedix lebih..hahaha


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons