August 23, 2011

MerdekaRaya

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan. Mesti ada yang tak sabar-sabar kan.. Macam aku, tak tau nak cakap ape lagi sebab belum pasti masa hari raya tu nanti aku On duty ke Off duty..
Tahun ni kita agak bertuah kerana menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan serentak. Semoga kita menghayati kedua-duanya dengan penuh rasa syukur kepadaNya.
Peringatan dari aku untuk perantau-perantau yang balik kampung
  • Pastikan kenderaan korang dalam keadaan selamat
  • Pastikan rumah korang dalam keadaan selamat, bagitau jiran yang tak balik kampung supaya tengok2kan rumah korang. Kalau semua jiran balik, pegi ke balai polis yang berdekatan dan mintak dorang ronda kat kawasan umah korang
  • Memandu dengan berhati-hati dan cermat di jalan raya
  • Simpan nombor telefon balai polis daerah2 yang korang akan lalu masa balik kampung nanti. Sebagai persediaan jika berlaku apa2 kemungkinan
Yang ni laluan dari Kuala Lumpur ke Kelantan  
K.Lipis ( 093122222) --> Merapoh (099122222) --> Gua Musang (099121222) ---> K.Krai (099666222)

Pastikan sesiapa yang nak balik ke Kelantan sila ambil nombor telefon ni terutamanya di kawasan Kuala Lipis, Merapoh dan Gua Musang.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Buat Semua! Ampun Maaf dipinta jika ade aku wat salah secara tak sedar atau sedar kat luar atau kat dalam entry ni.. Peace No War ^_^v


August 17, 2011

Kad Raya Oh Kad Raya

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua

Macam mana puasa? OK? Jangan ada yang ponteng ye..

Di pagi yang hening ditemani lagu-lagu ni netbook dan radio yang terpasang kuat oleh rakan setugas (Mana 1 nak dengar tak tau), aku nak citer pasal kad raya..

taun ni aku x design kad raya pasal x sempat..so, aku "culik" je kat google

Kalau dulu time raya je tak sah kalau takde kad raya...kan?Kiranya tak lengkap hari raya tanpa kad raya. Sekarang korang dapat lagi tak kad raya? Susah kan nak dapat sekarang ni..Kalau dapat mesti excited sangat. Sekarang ni orang lebih prefer sms, kad raya digital, email tapi bagi aku feel dia tak sama macam yang kad raya yang posmen hantar tu. Kalau dapat je kad raya mesti kita tertanya-tanya siapa yang hantar..

Ingat lagi masa zaman sekolah dulu suka sangat beli kad raya yang kartun-kartun..Bila hari last sebelum cuti raya, letak kad raya tu kat bawah meja atau kat atas katil kawan-kawan. Aku ngan kawan-kawan saling bertukar-tukar kad raya...Tulis macam tak penah jumpa padahal hari-hari jumpa...haha...rasa macam kelakar je  tapi itulah kenangan..Sekarang mana nak ada kan...

Aku penah jugak dapat kad raya besarrrrr punyeeee! Siap pos laju lagi...hehe...malu aku orang datang hantar kat umah padahal kat raya je. Punya lah orang tu hantar sebab takut benda penting kan...hehe..sabar je lah...

Aku rasa tahun ni aku nak mengembalikan balik kemeriahan kad raya...hehe...esok nak beli kad raya laa...hehe

August 13, 2011

Larangan Penggunaan Pembesar Suara Pada Waktu Subuh?


Assalamualaikum dan Selamat Malam semua

Mungkin ada yang telah mendengar berita ini tadi. Isu ini pernah menjadi isu suatu masa dulu tapi tak sangka pula sampai keluar 1 pekeliling larangan untuk masjid-masjid dan surau-surau di Pulau Pinang.

Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid

Mula-mula aku agak melenting juga la bila tengok pasal isu ni berita TV Al-Hijrah tadi..Tapi bila diterangkan semula oleh seorang sahabat ni baru la aku faham. Terima Kasih Sahabat!

Ketika Nabi Muhammad s.a.w (beribadah dalam masjid) baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi Muhammad s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat
(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih) 

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah atau menyakiti orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun tidak dibenarkan untuk mengangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka. Mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga mengganggu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecik, orang sakit dan seumpamanya.

Atau contoh yang lebih mudah difahami, kalau korang semua tengah solat kat masjid lepas tu sahabat di sebelah anda membaca bacaan solat dengan agak kuat. Ini akan membuatkan kita terganggu dan tak dapat tumpukan perhatian untuk solat. Betul?

Di sini ada lagi berkenaan isu ini
VIDEO <---Tengok yang ni dulu, baru tengok yang ni ---> BERITA SEMASA



August 11, 2011

Affiliate? Apa Tu?

Selamat Pagi!

Affiliate Program...sana sini orang duk post link....aku kadang-kadang bukak juga kalo menarik perhatian..huhu..Tapi apa itu affiliate?
Affiliate ialah hubungan yang membawa keuntungan kepada pemilik produk (Penyedia program affiliate untuk produknya) dan affiliate (pemilik blog dan laman web) iaitu ANDA. Pemilik produk (boleh jadi individu atau syarikat) yang mengemukakan produk mereka kepada pemilik laman web persendirian untuk dipromosikan. Sebagai pertukaran khidmat itu, para pemilik laman web/blog tadi akan menerima bayaran komisyen bagi setiap jualan yang dibuat.
Di bawah ini adalah contoh-contoh website yang menawarkan program affiliate :-







Bagi mereka-mereka yang mencari pendapatan sampingan melalui Internet, affiliate adalah salah satu cara atau sumber mereka untuk menjana pendapatan.

SELAMAT MENCUBA OK!

August 5, 2011

Bulan Ramadhan Bulan Beramal?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Bulan puasa bulan beramal...Habis bulan-bulan lain macam mana? Tak payah beramal? Oh Tidak! Bulan lain pun kita patut beramal...cuma bulan Ramadhan ni pahala nya berlipat-lipat kali ganda...

Kalau bulan puasa ni macam-macam benda kena kawalkan...bagi yang suka bergosip tu macam mana nak kontrol ye? Hehehe...Macam aku, aku takde la jenis yang suka bergosip sangat..Betul ke?? Betul la kot..hehe...Bergosip ni sangat sinonim dengan kaum perempuan..Kenapa ye? Habis tu kaum lelaki tak pernah bergosip  ke? Jeng..jeng..jeng.... AHhhh!!! Tipulah! Sama je kan....baik ngaku! 

Bagi kaum lelaki yang "kaki rokok" tu mungkin bulan puasa merupakan satu cabaran untuk korang semua kan....Time sahur mesti merokok puas-puas..sama jugak kalau time berbuka kan? Kan..kan....

TERAWIH JANGAN LUPE!!!!!!! <----Iklan jap

Ada jugak yang berazam time puasa nak kurangkan bercakap...Tapi aku? Macam mana? Kerja aku memang kena bercakap! Sebagai seorang Customer Services, aku kena jugak melayan kerenah-kerenah pemanggil. Pemanggil-pemanggil ni tak boleh nak dijangka....Betul...! Macam-macam hal yang nak diadukan dan macam-macam hal yang ditanya..Kadang-kadang penah gak terfikir, Aish aku ni Customer Services Telekom ke sampai ada yang call tanya no telefon tempat-tempat lain...cth: Stesen bas, KTM...sampai no telefon sekolah pon call tanya! Kawan aku kat area lain lagi kelakar...siap ada yang call semata-mata nak tanya jam pukul berapa...Kesian....agaknya kat umah dia takde jam...Agaknya telefon tu pon pakai public phone...hehehehe....Sabar je laa.... Bulan puasa memang bulan untuk menguji kesabaran

Tahun ni jugak tahun ke-2 aku kena berbuka dan bersahur kat tempat kerja. Walaupun orang tak pernah hargai tugas yang aku buat ni, namun aku sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik... Chaiyok untuk diri sendiri!!

Pesanan Penaja : Jangan ponteng puasa & jangan lupa bayar zakat Click Here!

SELAMAT BERAMAL!!!

Cinta Oh Cinta

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Dah Lama rasanya Nurr tak update blog ni...Sibuk sikit  dengan kerja...Rasanya belum terlambat nak ucapkan SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA KAUM MUSLIMIN & MUSLIMAT.

Hari ni nak komen sikit pasal CINTA

Sebenarnya takde kena mengena pun dengan aku buat masa sekarang ni...Eh..eh...Bulan puasa pun nak citer pasal CINTA....hehehe....saje nak amek mood

CINTA OH CINTA

Cinta kadang-kadang membuat kita gembira

Kadang-kadang membuat kita terluka....kecewa.....sedih....

Aku pasti bermacam-macam persepsi pasal cinta dalam kepala korang semua...Tapi sejauh manakah cinta korang? Adakah benar-benar ikhlas atau tulus? Atau hanya sekadar untuk mengisi kekosongan di kala kebosanan?

Cintai lah apa yang ada di depan mata kita....Cintai lah apa yang telah menjadi milik kita.... Jangan biarkan apa yang  ada terlepas hanya kerana cinta kepada bukan milik kita. Hargailah apa yang kita ada....Cintailah sepenuh hati jika mahu kan orang yang kita cinta itu juga mencintai kita sepenuh hati.. Tepuk dada tanya hati "Adakah Aku Mencintai Sepenuh Hati?".

Cinta itu indah jika kita benar-benar menghargainya...Tapi jangan mengharapkan keindahan itu jika kita tidak memberi. Kita harus memberi sebelum menerima.....


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons