June 27, 2011

Tak Tahan Lagi !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Tak tahan lagi! Apa yang aku tak tahan? Sabar..sabar…Meh aku nak cerita

Aku dah tak tahan stay kat tempat sekarang…Orang-orang kat sini close minded tak boleh nak cakap..Sangat-sangat melampau! Kampung aku pun tak macam ni. Mula-mula aku buat tak tahu je sebab malas nak ambik kisah sangat. Tapi makin lama aku terasa angin semacam je.. Hati aku memberontak!

Kisah 1
1 hari tu aku keje malam..Kalau keje malam selalunya aku pakai kasual je.. Malam tu aku pakai T-shirt berkolar lengan pendek paras siku dengan seluar. Malam aku tak kesah sangat pakai lengan pendek sebab aku sarung sweater kat luar. Nak jadi kan cerita malam tu, sampai ofis aku buka la sweater sebab panas. Yela datang keje jalan kaki.mau tak panas…exercise malam-malam… Kebetulan masa tu aku tak perasan ada sorang hamba Allah ni datang masuk ofis…aku tersedar aku pandang la kat pintu yang belakang aku..Lepas tu……….

Dia : Saya baru nak bagi salam tapi tak jadi sebab tengok awak pakai baju lengan pendek
Aku : ??? (berkerut dahi dengar die cakap macam tu)

Aku sentap tahap gaban bila ko cakap macam tu. Datang dari mana pulak peraturan tak boleh bagi salam kat orang pakai baju lengan pendek? Ko bajet ko alim je kan….aku rasa macam nak bangun lempang je muka ko…Bodoh giler! Opss bukan bodoh tapi bangang! Tapi tahap kesabaran aku masa tu masih tinggi..aku duduk diam smbil pujuk hati aku “ Sabar-sabar”.

Ko bajet ko alim sangat laa….kalau ko alim, ko tak kan datang rapat-rapat dengan aku..Ko tak kan cuit pegang tangan aku tengok tangan aku ade ape. Ko sape nak cuit-cuit aku??? Ko bukan muhrim aku pun..Tu la dia bila orang yang rasa diri tu bagus, sampai tak sedar diri tu pun khilaf gak! Huh! Sampai hari ni aku still terasa hati dengan ko…

Cerita 2
Satu petang tu aku masuk keje…aku siap-siap la macam biasa…Cuma mekap sikit sebab rindu nak berpenampilan macam keje kat KL dulu..Aku mekap tipis je sebab tak nak Nampak over sangat..eye shadow aku pakai kaler coklat,eye liner (pakai kt atas mata je), mascara pastu bluser sket..Tak nak nampak pucat sangat kan…Pastu kat ofis petang tu ada sorang mamat ni tegur………

Dia : Tebal mekap…Duk sini tak payah nak mekap..bukan duk kat kaunter depan pun
Aku : Untuk penampilan kan ( Malas nak jawab banyak-banyak sebab hati aku dah panas )

Punya nipis aku mekap, kalau amek gambo pun tak Nampak dia boleh cakap tebal? Rabun ke buta? Excuse me! Aku mekap bukan untuk tunjuk kat orang lain OK! Aku mekap untuk diri sendiri dan penampilan aku kemas…Huh!  Masa aku duk KL takde pun orang nak tegur kalau aku pakai mekap.. Kalau kat sini pakai sikit pun dah kena tegur…Hadoiiiiii!!!!!  Tension giler aku….kalau makin lama aku kat sini makin tak up-to-date aku…Lama-lama agaknya boleh sama macam orang asli yg kat sini..

Aku tak suka duduk kat sini! Tak suka! Aku nak balik KL balik! 



4 berani bersuara:

Enchik Nine said...

sabo je la ngan mamat cm nie... sbnrnye die nak perhatian jer... tak tahan sangat bagi jer se das!

my etech9[dot]com @ Enchik Nine

nurr said...

Nak tarik perhatian ke macam tu Enchik Nine? ish3x...tak kena cara sampai buat orang tersentap

aku yang tak femes said...

kalau aku jawab "ooo mesti mak ko (ni dah tahap kurang ajar la), adik ko, kakak ko, awek ko selebet giler kan"

wakakakakaka

Nurr said...

Malas aku nk jwb..nanti jd kes lain pulak...sabar je laaa.....hadoiiiiii

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons