June 16, 2011

Di mana?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua

Alhamdulillah selesai sudah berkursus kat INTAN Wilayah Utara, Kedah..Harap aku akan lulus dengan cemerlang… Nak citer pasal sebelum, semasa & selepas berkursus..ahakz..gedik je nak stori mori

Sebelum
Tak tahu aktiviti nanti macam mana..packing baju sampai 2 beg.. Banyak giler baju kurung,t-shirt, seluar. Siap shopping tshirt dengan seluar lagi..takut tak cukup. Masuk bab kasut yang aku bawak.. 1 kasut sukan, kasut tutup nak g ofis, sandal jalan-jalan, selipar jamban. Kat situ dah 4 pasang. Pastu siap bawak iron..kot nanti tak kena 1 bilik dengan officemate aku..Pastu dengan towel tebal lagi,blazer bagai.. Time nak pegi perghhh berat giler beg nak kena bawak

Semasa
Sampai sana,daftar untuk check in…hambik ko! Bilik dah macam hotel ! Sia2 je aku bawak selipar jamban dengan towel tebal-tebal. Pegi kuliah tak pakai blazer pun..Yelaa tak kan laa aku plak yang beria-ria nak pakai..orang lain tak pakai pun!

Aktiviti pulak takde la padat sangat..so, banyak la baju yang tak guna..sia-sia je..penat je nak kena angkut beg!

Makan plak, Perghhh!!!! Marvellous wa cakap lu! Seafood semua yang fresh pastu besar-besar plak tu..Memang puas hati ::tumb up::

Selepas
Selepas hampir  10 hari aku kat sana, akhirnya time nak balik! Yeay!!! Seronok giler..memang dah tak sabar nak balik. On the way nak balik tu singgah kejap kat Tanjung Dawai.. Alang-alang dah datang Kedah singgah je laa…kawan-kawan aku banyak yang shopping keropok,ikan kering semua..Aku plak sibuk duk amek gambar bukti aka kenangan yang menandakan aku dah penah sampai sini..hehe








0 berani bersuara:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons