May 2, 2011

Kematian Osama Bin Laden hanya Propaganda US

Assalamualaikum dan selamat malam..

Aku rasa saat ni semua orang tengah bercakap pasal Osama bin Laden yang dikatakan telah terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh pihak USA. Sejauh manakah kebenaran itu? Benar atau sekadar propaganda?

Actually aku dalam percaya tidak je ni. Tadi kat TV3, berita ini diumumkan sendiri oleh Presiden Amerika, Barack Obama. Berserta dengan gambar bukti yang Osama sudah meninggal. Hai takkan tunjuk gambar je? Mayatnya mana? Kalau Arwah Saddam Hussin dulu tunjuk real masa digantung. Osama mana? Mana bukti?

10 tahun Osama bin Laden menyembunyikan diri. Biarpun dia menjadi pengganas yang paling dikehendaki di dunia ni. Bagi aku dia tetap seorang pejuang Islam. Yang sebenarnya pengganas ialah USA dan Israel serta kuncu2nya.

US sebenarnya takut. Takut dengan pejuang-pejuang Islam. Tengok la lepas ni negara Islam mana pulak yang diserangnya dan siapa lepas ni pemimpin Islam yang akan dilabelkan sebagai pengganas. Adakah Presiden Iran? Yang dikatakan mengembangkan senjata nukleur oleh US dan Israel? Kalau korang perasan kan, US dan Israel ni selalu berganding bahu dalam bab2 nak menyerang negara2 Islam.

Malas nak taip banyak-banyak...samalah kita berdoa, Semoga Allah menyelamatkan seluruh umat Islam di dunia ini. Amin


2 berani bersuara:

aku yang tak femes said...

aku baru tengok berita MHI pagi tadi... berkenaan gambar OSAMA yang meragukan, sebab gambar OSAMA yang mati kena bom tu macam teknik super impose je. logik ke mimik muke semasa dia mati tu sama sebijik sejiban dengan gambar mimik muke mase dia bagi ucapan? cuma cacat tang mata ngan dahi sebab kesan kena bom je...

nurr said...

lambat ko ni..hehe...a'a agak x logik sebab ko tgk je la gigi..pastu kedudukan muka tu..pastu ade byk lagi mende yg meragukan..nanti tgk entry seterusnya

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons