May 7, 2011

Jalan-Jalan - Cameron Highlands - Ipoh

Assalamualaikum dan Selamat Petang semua pembaca..Penat masih tak hilang lagi sebab percutian yang agak rushing aku rasa..hehe

Habis keje pukul 8 pagi aritu terus siap-siap pegi Cameron Highlands. Tak jauh pun..Gua Musang - Cameron Highlands dalam 1 jam 45 minit. Jalan lengang je sebab bukan musim cuti sekolah.

1st sampai sana cari makan dulu..Lapar kan tak breakfast. Tak tahu nak makan mana. Kedai pun banyak yang tutup. So, KFC jadi sasaran..menu: twister tapi tak macam gambar kat bawah tu. Selalunya gambar yang display selalu nampak macam menarik tapi bila real punya tak sama..kan..kan..kan..

gambar ni curi kt google sbb aku tak snap


Pastu mula la penjelajahan aku. Tempat mula-mula pergi Times Tunnel. Tertanya-tanya apa benda kat dalam ni.. Tiket masuk RM5 setiap seorang.. Dah masuk tu.....wahhh...baru terjawab persoalan.. Rupa-rupanya kat sini galeri barang-barang lama. Zaman sebelum korang lahir dan juga zaman korang kecik-kecik. Ni ade beberapa keping gambar je aku display kt korang. Nanti bila aku transfer gambar dalam kamera aku upload lagi. Yang ada ni dalam handphone je.

Antara benda-benda yang menarik perhatian aku selain gambar-gambar kat bawah ni ialah nintendo. Tak sangka pulak permainan tu wujud sejak dulu lagi. Pastu ada macam-macam lagi yang aku tak sangka dah ada sejak zaman dulu.

 Ovaltine dengan Horlick dah ada sejak dari dulu


 Revolusi Ubat Gigi Darlie. Dulu-dulu nama Darkie


Menakutkan je logo yang lama

Selain gambar-gambar yang kat atas ni, ada semua benda lain, tempat makan, bar, kedai kopi, kedai gunting rambut, peti, telefon dan banyak lagi la..kalau aku nak list semua dalam ni memang tak habis la..hehe..Times Tunnel Gallery ni salah 1 tempat yang korang wajib lawat kalau pergi kat Cameron Highlands.

Lepas tu hujan la pulak. Macam mana nak g ladang teh dengan ladang Strawberry? Mula-mula ingat nak masuk ladang strawberry. Sekali masuk RM20 pastu kena petik dalam setengah kilo..mak aihh..banyak tu..sape nak makan.Kalau pegi ramai-ramai takpe la jugak. Last-last tak masuk sebab tak nak membazir buah tu. Bukan kedekut nak bayar OK! Tapi takut membazir buah. So, aku just beli yang di jual kat luar je RM15 (lupa nak kira bape biji)

Orang cakap kalau bawak turun jadi masam tak manis. Aku makan rasa sama je rasa macam kawan aku bawak balik.

Nak pegi ladang teh tak dapat sebab hujan. Apa lagi? Makan lagi..cari Marrybrown....sebenarnya dah tahu tak sedap tapi driver teringin nak makan..Menu: lupa nama apa tapi sos yang diletak kat atas ayam tu mushroom soup.

curi kat google gak gambar ni..hehe

Esoknya, pagi-pagi bergerak ke Ipoh sebabnya driver cakap teringin nak makan Mee Rebus Ramli yang dimakannya 10 tahun yang lepas. Dalam 3,4jam jugak la drive semata-mata nak cari mee rebus tu..hehe...tu belum campur dengan sesat lagi. Dalam pukul 2 petang baru jumpa lepas berpandukan google maps (yang tengok pulak tak bape nak pakar iaitu aku)

 Yey! Dah sampai Ipoh


Ni la dia Mee Rebus yang Femes dekat Ipoh

Driver siap makan 2 mangkuk sebab susah nak dapat & tak tahu bila dapat datang lagi. Harga tak mahal dan memang berpatutan. 3 mangkuk mee + teh O ais + Nescafe ais = RM14 sahaja.

Lepas makan tu gerak balik..Next time mungkin boleh pegi the World of Tambun sebab dekat je aku tengok signboard...huhu...tengok dekat tapi tak tahu la realitinya kan..hehe...tu saje nak citer... Percutian yang rushing dan memenatkan..Hari ni dah masuk keje.


4 berani bersuara:

Ibnu K said...

Okay lah tu Nurr, nama pun rushing akibat dari percutian tu pun kenalah akibat daripada kelam kabut kan.. Hehehe

nurr said...

hehehehe..tu laa...walaupun rushing tp tetap puas hati..next time pegi lagi

nurr said...

tu la pasal..next time kne plan betul2

ketikketok said...

Jom cuti-cuti unik Terapi Spa & Keluarga Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons