April 27, 2011

Porcine - Waspada Gelatin Babi

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua... Kerja Malam aku hari ini..hehe...macam biasa la mengisi masa lapang sambil kongsi info-info penting dengan pembaca semua.

Hari ni terbaca surat khabar Utusan Malaysia ada 1 berita ni menarik perhatian.. tajuk besar : WASPADA  KAPSUL GELATIN BABI. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memilih produk farmaseutikal kerana kajian bioteknologi menunjukkan 15% produk yang dibungkus dengan gelatin sebenarnya diperoleh daripada sumber babi.



Balik-balik rumah tadi terus check vitamin yang aku ambil ada tak unsur babi..takut tuu...yelaa sekarang ni macam-macam hal..kadang-kadang secara tak sedar kita dah termakan benda-benda haram. Tapi nasib baik takde unsur tu..Alhamdulillah..

Selain tuntutan agama Islam bahawa kandungan babi adalah diharamkan , sumber bahan itu juga boleh mengakibatkan alahan kepada pemakai - Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Sumber : Utusan Malaysia 27 April 2011

Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan dalam kapsul ni ditulis dalam bahasa sains...kan..kan...kan..So, ramai la yang keliru dan tak tahu. Kat sini aku nak bagitau.. PORCINE dalam bahasa biasa nya adalah bahan yang mengandungi bahan babi. So, lepas ni kalau korang semua tengok ada benda ni kat botol JANGAN BELI! kalau beli juga tu memang cari nahas la..

Kalau korang nak tahu pasal status halal ubat-ubat,kapsul atau apa saja yang korang makan, korang leh check kat sini ---> CHECK STATUS HALAL

2 berani bersuara:

Enchik Nine said...

Gelatin, salah satu sumber babi... hrm ok... Ada sumber lain sebenarnye... Tapi... Entah...

myetech9[dot]com @ Enchik Nine

nurr said...

apa lg? bagitau je laa...tak salah kan share