April 13, 2011

Masalah Bahasa

Selamat Petang semua.. Apa khabar hari ni? Hope semua ceria-ceria selalu secerah cuaca di luar sana.. Hari ni aku nak sharing dengan korang semua pasal bahasa. Actually aku bukannya perfect sangat dalam berbahasa ni tapi aku seboleh-bolehnya akan cuba elakkan daripada masalah bahasa ni.

Masalah bahasa ni ada macam-macam. Contohnya:

Orang yang nak berbahasa inggeris tapi kurang fasih dan ada kesalahan yang membuatkan bahasa mereka janggal. Kadang-kadang ada juga orang yang keluarkan statement mcm ni :

Alaa...suka hati aku la nak cakap macam mana pun asalkan orang tu faham
Ye betul aku akui orang berusaha untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris walaupun dia agak kurang fasih adalah seorang yang berani. Walaubagaimana pun, seseorang itu harus peka terhadap sesuatu yang ingin disampaikan dan jangan sampai timbulnya salah faham. Ni antara benda-benda simple yang perlu kita ambil perhatian juga walaupun ianya cuma penyambung ayat " is, on, was, a" dan banyak lagi.

Tidak salah kiranya kalau kita selak-selak buku atau tanya orang yang lebih mahir. Macam aku sendiri pun kalau terlupa atau tak tahu memang aku akan tanya sesiapa saja atau aku selak kamus lebih-lebih lagi kalau masalah ejaan atau cara sebutan. Tak salahkan dan buat apa nak malu sebab ini adalah "learning process"


Dulu aku pernah masuk kelas bahasa dan cikgu aku ada pesan jangan guna atau bercakap dengan style ni :
"Wanna be........" tolong cakap dengan bahasa yang betul iaitu "want to be....... ". Nak tahu sebabnya? sebab ianya adalah Bahasa Inggeris kelas bawahan. "Baikkkkkk cikgu! tak cakap dengan bahasa bawahan lagi"

Bahasa Rojak

Kalau untuk komunikasi harian aku rasa takde masalah untuk berbahasa rojak tapi kalau untuk syarikat-syarikat atau jabatan-jabatan yang profesional adalah kurang profesional rasanya kalau berbahasa rojak. Contohnya aku ada buat panggilan ke sebuah bank dan aku agak kurang gemar cara orang tu menjawab telefon

Hello, Good Morning P***** Bank. Boleh saya bantu
Lebih bagus kiranya orang yang menjawab itu buat keputusan samada ingin menjawab dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu dan jangan sesekali "merojakkan" kedua-dua bahasa. Sebab ini akan membuatkan kita nampak tidak profesional terutamanya jika berhubung dengan pelanggan.

Aku bukannya nak cerewet atau saja nak tunjuk pandai atau kutuk sesiapa cuma ini 1 peringatan untuk diri sendiri dan semua. Sama-samalah kita belajar tapi yang penting jangan letakkan Bahasa Ibunda kita di kelas ke-2. Fikir-fikirkan lah..



2 berani bersuara:

alfirus said...

Saya sokong dengan pendapat saudari... ceewaahh.. namun itulah kita sebenarnya terutama golongan melayu, didalam arus revolusi dan terjadinya campuran bahasa namun masih ramai yang berfikiran "kita orang malaysia, duduk di malaysia, ko tu makan budu dan sambal belacan, tak payah lah nak berbahasa omputeh"

nurr said...

sekarang bahasa inggeris jug sangat penting. Tapi jangan lupa Bahasa Melayu juga penting. Jadikan dua-duanya seriring. Sebab percaya atau tidak, ada rakyat Malaysia tidak tahu berbahasa melayu iaitu bahasa kebangsaan dan ini adalah FAKTA.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons