April 11, 2011

Insomnia - Susah Tidur

Insomnia? Apa tu? Bagi yang tak tahu :

Insomnia ialah satu gangguan tidur dan dapat dikenalpasti dengan gejala-gejala seperti selalu merasa letih dan penat sepanjang hari dan secara terus menerus (lebih dari sepuluh hari) mengalami kesulitan untuk tidur. Atau penderita sering terbangun di tengah malam dan tidak dapat tidur kembali. penderita juga sering terjaga awal dari yang diinginkannya dan tidak dapat tidur kembali

Actually aku bukan saja-saja nak post pasal entry ni tapi aku rasa aku salah seorang daripada pengidap insomnia memandangkan waktu kerja aku agak tidak teratur. Jadi kat sini aku nak share dengan korang semua Tips2 untuk membantu kita tidur. 

Jumpa Doktor 
Berjumpa lah dengan doktor untuk pastikan punca insomnia samada tension/stress/keresahan. Doktor akan memberikan beberapa teknik atau pun "drug" untuk membantu kamu tidur..drug tu maksudnya ubat la ye..ehe..

Di sini aku cadangkan korang guna lah teknik2 sebelum korang ambil keputusan nak ambil ubat sebab itu adalah jalan terakhir.

Mandi air suam 
Ini cara untuk membuatkan badan kita rasa rileks tapi jangan terover pulak sebab berendam terlalu lama dalam air suam membuatkan badan kita menjadi lebih penat.

Boleh juga guna garam dan baking soda campurkan dalam air tadi. Bahan-bahan ni dapat membuang toksin dalam badan

Urut
Yang ni paling best bila seharian kita bekerja, dapat urut/massage perghhh lega rasa. Tapi jangan urut kuat2 hanya dengan urutan yang lembut sahaja.

Dengar Muzik 
Cuba dengar muzik yang lembut dan slow untuk membantu kita tidur (ni salah 1 terapi yang aku selalu guna)

Minum susu suam 
Segelas susu suam 15minit sebelum tidur boleh melegakan perasaan "nervous" dan membuatkan kita relaks.

Minum teh herba 
Kalau korang tak suka minum susu jangan risau korang boleh cuba minum teh. Aku cadangkan teh Lipton macam yang aku selalu minum dan aku rasa memang menjadi sebab akan rasa relaks dan boleh bantu kita untuk tidur gak

Tips2 lain: 
Elakkan merokok,minum kopi,alkohol

Harap tips2 ni dapat tolong kita menangani masalah insomnia ini. Esok aku harap balik kerja pukul 8pagi aku dapat tido dan malam aku dapat tido lagi sebab dari semalam aku tak dapat tidur dengan nyenyak..


0 berani bersuara:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons