April 2, 2011

Camera Function

Arini duk usha2 kat FB picture2 menarik yang di ambil oleh photographer ( profesional dan amatur ). Ade jugak aku semalam aku tengok pic kahwin ngn FB sape x taw...sangat2 amatur..mungkin baru blaja kot..tp pic yang dihasilkan tu aku rasa kazen2 aku umo 13,14 tahun pon leh buat...stakat letak keris ngn bunga kt lantai pastu snap pic cmtu..xde fokus kt mana2..so, bagi aku pic tu xde makna la..just biasa2 dan bosan..
( Ops..t'komen plak ). Aku takde la pandai tapi taw la nak nilai mn ok mn tak kan... ( chehh b'lagak ) 

Tetiba t'detik plak dalam hati bila ape yg aku blaja dulu tidak dipraktikkan..t'sangat la rugi..lame2 ilmu tu akan ilang cmtu jew.

Kat sini aku nak flash back balik asas2 yang aku blaja dulu... Maseh ye Lecturer ( da lupe nama ape ) sbb banyak ajar untuk subjek Interpretasi

Shutter 
Shutter mengawal jumlah kemasukan cahaya melaluinya dengan pengawalan masa,sebelum cahaya itu diimbas pada sensor. 

Penggunaan shutter ini berubah mengikut kreativiti kita.Tidak ada peraturan atau penetapan dalam penggunaanya.Jika kita nak mengambil gambar kereta yang b'gerak kat jalan raya contohnya,dan kita hendak menunjukan kereta itu seperti sedang bergerak,kita bolehlah menurunkan kelajuan shutter kepada waktu yang panjang.Ini bermaksud,proses dari shutter terbuka dan membenarkan cahaya melaluinya sehingga ianya ditutup kembali mengambil masa yang telah kita tetapkan.Gambar kereta itu seolah-olah kelihatan sedang bergerak dengan laju. Dan kiata akan nmpk 1 garisan cahaya (kalau amek wktu malam) . Kalau shutter berada dalam kelajuan yang tinggi, kita akan dapat imej pegun kete tu.



Aperture 
Aperture dalam Bahasa Malaysia bermaksud bukaan. 
Aperture ialah saiz bukaan lensa dimana cahaya masuk melaluinya.Beberapa siri bilah yang boleh diubah-ubah melalui gegelang yang terdapat pada lensa.Pada umumnya sekarang “aperture” boleh diubang dengan hanya memusing dial atau butang yang terdapat pada kamera .”aperture” diubah mengikut skala didalam unit “f-numbers”. Cuba korang tengok kt kamera korang bahagian depan tu..ade yang kaler itam cam kelopak mata. Tu la die Aperture. 


Pemilihan “aperture” bukanlah semata mata hanya untuk mendapatkan pencahayaan yang baik malah ia juga untuk memastikan imej yang terhasil itu dalam keadaan yg jelas. “aperture” sentiasa dalam keadaan terbuka sehingga kita menekan butang shutter.ini untuk memastikan kita dapat melihat imej itu dengan terang. Kalau kita tekan button amek gambar baru die akan tertutup dan akan terbuka balik.


Actually banyak lagi yang perlu taw tapi aku just nk share 2 tu jew la bende asas..kalau ade salah silap tlg betulkan. Al-maklum la dh lame kan...

Masa dulu2 gak lecturer aku tu pon ade gak ajar cmne nk amek picture supaya takde la nampak bosan. Cth: berirama. Kalau korang nampak pokok2 atau pagar atau pape je la yng berulang2..cmne korang amek? korang diri btl2 depan pokok yang straight atau korang b'diri kat penjuru? cuba korang amek dalam 2 posisi yang b'beza..yang mana nampak bosan yang mana tak? hehehe....aku xleh nak attach skali pic sbb xde contoh...sowi

Tapi skang ni aku rs banyak kamera DSLR yang jst cuma adjust kan butang2 untuk kesesuaian ( ni mode auto la ). Kalau mode manual kena betul2 blaja,taw fungsi2 sume...boleh la start nk b'karya!

Kat bawah ni cth kamera brand nikon D7000 (body je ni) yang aku idam2kan... 
Nikon D7000 16.2MP DX-Format CMOS Digital SLR with 3.0-Inch LCD and 18-105mm f/3.5-5.6 AF-S DX VR ED Nikkor Lens

Ni je la utk kali ni..kalau ade sebarang tambahan leh la share2 dan kalau ade info aku yg salah tolong betulkan..maseh

xoxo
nurr

0 berani bersuara:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons