April 16, 2011

Ada Apa Dengan Kad Kahwin?

Selamat Pagi semua...Hari sabtu yang ceria..Ada yang bekerja ada yang cuti. Mesti ada lagi yang tengah tidur. Bangun..Bangun! 

Erm...hari ni nak story sikit pasal KAD KAHWIN. Semalam aku terbaca satu artikel yang agak menarik kat PESONA PENGANTIN tentang isu kad kahwin atau pun undangan perkahwinan.



Sudah menjadi 1 trend di mana pasangan-pasangan pengantin sekarang, meletakkan gambar mereka di kad kahwin tersebut. Memang cantik...itu belum lagi termasuk yang kerawang-kerawang. Bagi yang lebih berkemampuan maka lebih mahal dan lebih cantik dan elegan lah kad kahwin mereka. Kad kahwin kadang-kadang adalah "1st Impression" untuk sesebuah majlis perkahwinan itu. Tapi ini bukan lah satu persoalan yang aku nak cerita kat entry ni.

Persoalannya, perlu ke pasangan pengantin meletakkan gambar mereka di kad kahwin mereka? Cuba fikirkan balik..Adakah kad kahwin mereka akan disimpan oleh orang yang dijemput? Aku rasa tak lah..ada ke orang nak simpan? Lastly kad kahwin yang cantik dengan gambar pasangan pengantin itu akan berada dalam tong sampah atau pun dipijak-pijak..Ish3x (Aku tak nak gambar aku dibuang-buang dan dipijak-pijak)
Korang nak??

Isu yang kedua adalah ayat Al-Quran

Cuba korang tengok sesetengah kad kahwin, ada yang dicetak dan diletakkan sepotong ayat Al-Quran. Memang bagus kerana menggunakan ayat Al-Quran tu tapi.....adakah mereka fikir wajar atau tidak meletakkan ayat itu di dalam sekeping kad? Wajar? Kenapa?? Supaya orang baca dan mendoakan pengantin? Cuba citer kat aku berapa kerat je orang yang baca? Masing-masing terus tengok kepada nama pengantin, tarikh majlis, kat mana diadakan majlis itu. Pastu dah habis majlis ke mana kad tu akan pergi? Ke TONG SAMPAH! Sepotong ayat Al-Quran dibuang ke dalam tong sampah. Tu belum lagi dipijak-pijak. Korang nak tanggung ke akibat tu? Bukan sekeping kad tau yang korang edarkan.. Ada yang mencecah 1000 kad. Macam mana tu?

Lepas aku dah baca artikal tu aku decided tak nak letak ayat Al-Quran atau pun gambar. Cukup la sekadar pantun atau puisi mungkin. Sama-samalah kita renung dan fikir-fikirkan.

Untuk Renungan Bersama Bagi Pasangan Yang Akan berkahwin & Yang Sudah Berkahwin

Pernikahan Menyingkap Tabir Rahsia,
Isteri Yang Kamu Nikahi,
Tidaklah Semulia Khadijah,
Tidaklah Setaqwa Aisyah,
Pun Tidak Setabah Fatimah,

Justeru itu Isteri Hanyalah,
Wanita Akhir Zaman,
Yang Punya Cita-cita,
Menjadi Solehah, 

Perkahwinan ataupun Pernikahan,
Mengajar Kita Kewajipan Bersama.
Menginsafkan Kita Perlunya
Iman dan Taqwa,
Untuk Belajar Meniti
Sabar Dan Redha,
Kerana Memiliki Isteri
Yang Tidak Sehebat Mana.

Justeru itu Kamu Akan Tersentak Dari Alpa,
Kamu Bukanlah Rasullullah S.A.W,
Pun Bukanlah
Saidina Ali Karramallah Wajhah,
Cuma Seorang Suami Akhir Zaman,
Yang Berusaha Menjadi Soleh


13 berani bersuara:

Far8 budak baik said...

bila kau nk bagi kad kawin kat aku ni hahaha =P

nurr said...

Far8: sape nih? hahahaha
kad kawen tak buat lagi mcm mn nk bagi

aku yang tak femes said...

macam pernah baca artikel ni...

dulu... masa zaman aku belum adanya tahun dan tarikh kawin, aku pernah jadikan kad dalam gambar yang ko tepek tu as wish list...siap dah bookmark la vendor yang buat kad tu...

konon2 berangan la nak kad yang tebal, ada hot stamping... yang paling tak bole blah is nak buat sendiri, made by hand!

tapi bila dah masuk ke alam persiapan perkahwinan, kad kawin macam tu dah tak jadi idaman kalbu sebab harganya yang mahal mencecah ribuan ringgit, aku pulak tak mahu ada beza2 kad... ade orang nak kad VIP lain, kad orang kasta rendah jenis lain pulak... for me...semua sama je. lagipun aku takde jemput menteri ke, sultan ke yang betul2 ada status VIP...tak perlu la kad yang grand2 sangat...lagipun banyak lagi benda lain yang nak pakai duittt...

jadi kalau aku nak buat kad yang very elegant macam tu, dah jadi macam pembaziran... sebab akhirnya akan dibuang juga. kalau tak buang skrang, 2-3 tahun lagi... kena buang jugak....

oleh kerana kad jemputan mencecah ratusan keping, takde nya larat aku nak made by hand.... design je bole la...

last, aku setuju tak payah la letak gambar pengantin dan ayat2 yang keterlaluan....tapi kad kawin mestilah proper walapupun murah, jangan la bagi kad yang asal boleh aje kerana kad juga melambangkan keikhlasan yang menjemput selain memberi gambaran majlis yang bakal di adakan nanti....

ps : aku pernah dapat kad kawin manilakad, made by hand tapi kad jemputan hari jadi pun lagi lawa. aku datang kerana mengenangkan itu kawan rapat wpun ade kecik hati sikit...

nurr said...

buat kad kahwin sendri handmade x larat la weyh..bkn sekeping tp beratus2... pasal cntik ke x kad tu t'pulang la kan..klu x cantik pon org akan kata..kalau cantik pon org akan kata m'bazir..ape pun yg penting ikhlas...

agak2 ade lagi x org pakai kad kahwin yg kaler putih pastu tulis tangan cam dulu2 tu? hehehe...

kalau kad pakai manilakad tu..erm..xtaw nk kata ape laa..kot ye pon nk pkai manilakad, aku rs lebih afdhal kalau die design n print cantik2 kt manilakad tu

Macam kawan aku die buat guna CD..mcm mn aku xtaw sbb aku xdpt cuma dpt sms je kot..ntah lupe..

Mak cik aku pun penah gak wt sendiri..husband die design, print 1 copy pastu fotostat kt kertas warna. Tapi tu zaman dulu2 la..skang pon nk buat bole..xde hal

Nur Ain Emerald said...

Just nak share..i baru je tengok wed card yg berbentuk kipas. kipas tangan nyonya tue..undangan diprint atas kipas yg biasanya kita tengok gambar pemandangan atau corak kat situ..Peta lokasi rumah pengantin pulak dilipat dan diselit di lipatan kipas tersebut. For me, its really great,simple n da most important is value for money..

Cik Eka said...

Eka pun fikir benda yg sama, tak perlu nak letak gambo2 bagai.

biasa2 jer. asal org nampak peta dah cukup.

kak, eka copy yer ayat yg atas tu

nurr said...

kan..yg penting ade tarikh,lokasi, nm pengantin n peta. tu dh memadai

**sila2 copy..jgn lupe credit ke sini ye..hehehe

Kad Kahwin Murah said...

betul2..dari pihak kami sendiri pun mmg boleh kate xde langsung da tempahan yang letak gmbar pengantin dan guna ayat al-quran..sbb mmg btol orang xkan simpan pun kad kahwin ni..

berkenan kad mahal tu plak..mmg ade jenis orang yang nk kad betul2 grand guna kertas tebal dan sebagainya..harga mmg wow la haha..sebab lain orang lain lifestyle kn..

Trend kad kahwin sekarang pun byk yg jenis kartun2 comel dan media social..hehe

nurr said...

A'a sekarang memang dh banyak jenis yg comel2...sy tempah kad yang simple2 je ms kawen dulu :)

Yan Ismail said...

Like tuk artikel ni...btl jgk...camne bagus pun ttp org buang jgk...

nurr said...

terima kasih Yan Ismail :)

Undangan Pernikahan said...

Saya setuju dengan pendapat anda di atas, sebagai seorang desainer udnangan, kadang saya juga merasa berat hati ketika ada kostumer yang ingin dicantumkan surat Al Quran umumnya surat Ar-Rum 21 di Kad Kahwin mereka. karena pasti ada yang dibuang di tong sampah. tapi apa mau dikata saya tidak bisa menolak karena itu request dari kostumer.

Semoga calon pengantin yang akan menikah banyak yang tidak mencantumkan Ayat Alquran di Undangan Pernikahan mereka

nurr said...

Ye betul. Kadang-kadang mungkin mereka terlepas pandang benda-benda macam ni :)
Harap bakal pengantin ada buat research dan pertimbangkan semula berkenaan ayat Al-Quran di kad berkenaan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons