April 28, 2011

Logik tak Logik?

Assalamualaikum dan Selamat Petang semua..

Hari ni takde mood nak update entry sebenarnya...dan lagi 1 arini tak baca paper atau apa-apa berita..Takde mood sangat2...Saje duk usha-usha pic kat google..tetiba terjumpa gambar ni


Hahahaha...kelakar! Korang rasa logik tak logik? Aku rasa logik! dah takde gigi kat tengah...hahhaa...Kalau korang ada anak atau adik-adik yang gigi rongak tu leh la try camni..hahhahaha...berus gigi kat tengah-tengah takde pape..pastu ubat gigi tu kt bahagian kiri kanan.

Ni ada 1 lagi..


Korang penah hilang barang tak? nak-nak kalau yang stay kat hostel..tak pun masa gi kursus ke....Ha ni idea untuk korang..hahhahaa....aku tak penah pun terfikir nak buat macam ni walaupun ada barang-barang hilang...macam-macam la dorang ni..hahhahaa

April 27, 2011

Porcine - Waspada Gelatin Babi

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua... Kerja Malam aku hari ini..hehe...macam biasa la mengisi masa lapang sambil kongsi info-info penting dengan pembaca semua.

Hari ni terbaca surat khabar Utusan Malaysia ada 1 berita ni menarik perhatian.. tajuk besar : WASPADA  KAPSUL GELATIN BABI. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memilih produk farmaseutikal kerana kajian bioteknologi menunjukkan 15% produk yang dibungkus dengan gelatin sebenarnya diperoleh daripada sumber babi.



Balik-balik rumah tadi terus check vitamin yang aku ambil ada tak unsur babi..takut tuu...yelaa sekarang ni macam-macam hal..kadang-kadang secara tak sedar kita dah termakan benda-benda haram. Tapi nasib baik takde unsur tu..Alhamdulillah..

Selain tuntutan agama Islam bahawa kandungan babi adalah diharamkan , sumber bahan itu juga boleh mengakibatkan alahan kepada pemakai - Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Sumber : Utusan Malaysia 27 April 2011

Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan dalam kapsul ni ditulis dalam bahasa sains...kan..kan...kan..So, ramai la yang keliru dan tak tahu. Kat sini aku nak bagitau.. PORCINE dalam bahasa biasa nya adalah bahan yang mengandungi bahan babi. So, lepas ni kalau korang semua tengok ada benda ni kat botol JANGAN BELI! kalau beli juga tu memang cari nahas la..

Kalau korang nak tahu pasal status halal ubat-ubat,kapsul atau apa saja yang korang makan, korang leh check kat sini ---> CHECK STATUS HALAL

April 26, 2011

1 Melayu 1 Bumi? Ape ni?

Assalamualaikum & selamat pagi!

Hufft!! Hufft!! Beri laluan..beri laluan! Breaking news ni!

1 Melayu 1 Bumi? Ape ni????

Perlu ke??

Aku dah risau, aku dah pening...memang la aku bukan orang penting dalam kerajaan tapi aku rakyat yg mengambil berat..

Perlu ke semua tu? Aku risau pasal perbalahan dan perpecahan rakyat Malaysia gara-gara isu ini.. Mantan Perdana Menteri kita pun menolak dan mengambil pendirian yg bertentangan dengan gelombang ini.

“Saya harap ia tidak akan berlaku. Ia amat tidak baik... orang ramai harus fikir mengenai ini, kita menuju malapetaka jika ia berlaku,” kata bekas perdana menteri ini kepada pemberita di sini hari ini.sumber: The Malaysian Insider

Macam biasa aku tak nak komen lebih-lebih..apa yang aku nak cakap, AKU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SANGAT RISAU!

Artikel penuh kat sini ----> The Malaysian Insider


April 25, 2011

Artis Terlampau - Sila Sahin

Assalamualaikum dan Selamat Petang semua.

Korang ada baca paper pasal ni tak? Sila Salhin,25 tahun, seorang aktres yang membintangi yang membintangi drama siri Jerman, Good Times, Bad Times..Tak kenal tak pe sebab tu bukan persoalannya dan bukan isu yang menarik perhatian aku untuk entry ni tapi sebab SILA SALHIN BERAKSI MELAMPAU.


Dulunya minah ni adalah seorang gadis muslim berketurunan Turki yang menjadi contoh kerana bersikap sederhana dan dapat menyesuaikan diri hidup di tengah masyarakat Berlin. Minah ni menjadi kebanggaan bukan sahaja kepada keluarga malah kepada peminatnya.


Tapi minah ni dah salah langkah...dia beraksi melampau dalam majalah PLAYBOY versi Jerman, konon-konon nak tunjuk dia nak bebas sebab selama ni dia rasa terkongkong. 

Kata Sila, apa yang ingin disampaikan melalui tindakan drastiknya itu adalah dia mahukan kebebasan.
Gambar di Playboy itu adalah tanda berakhirnya kekangan dari zaman silam,” katanya.

Sumber: MyMetro 


Kot ye pun nak bebas dari masa lampau yang kononnya terkongkong, perlu ke beraksi bogel? Ni bukan saja memberi impak kepada keluarga tapi masyarakat Turki sendiri..Jangan ada pulak ramai gadis-gadis yang kat luar sana terikut-ikut apa yang dibuat oleh Sila ni.. Ish3x..

Artikel penuh korang tengok kt sini : myMetro

April 24, 2011

Tak Cool OK! Comel Pon Takkkkkk!!!!!!

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua.. Mood tak bape nak OK.


Tak tahu laa...rasa cam nak maki-maki orang je..tapi takde la aku nak maki sesuka hati kan. Meh sini nak citer pasal PEROSAK BAHASA atau bahasa yang digunapakai oleh remaja-remaja zaman sekarang ni. Kalau dulu, zaman aku selalu je keluar isu perosak bahasa sebab banyak sangat shortform..Tapi sekarang masalah yang sama tapi lagi bagus la sebab makin panjang kan perkataan tu... Ish3x... macam mana tu?!

Korang tak paham? Meh aku tunjuk contoh-contoh ayat perosak bahasa zaman sekarang 

Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' 
 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' 
 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew'
Kredit to :  penebukkertas @ i-share.ws


Woii...bahasa planet mana korang tulis nih? Planet Pluto ke ape?

Korang ingat semua orang suka sangat la ko tulis macam tu? Korang bajet comel la tulis macam tu? Korang sedar tak orang-orang kat luar sana tu MENYAMPAH sampai nak muntah tau tak! Gedik! Eee...rasa macam nak lempang-lempang je orang yang gunapakai bahasa macam ni..

Lagi 1 korang ni menyusahkan..tak paham? Meh aku nak terang...dah la bahasa tu gedik cam S*** pastu menyusahkan orang..sebabnya TAK PAHAM! Apa korang tulis nih? Nak kata Bahasa Melayu bukan, Bahasa Inggeris jauh sekali! Korang suka-suka hati nak tambah huruf kasi panjang.. 

Mak bapak hantar pegi sekolah tu, belajar la betul-betul. Tak payah la korang nak buat perubahan bahasa ni semua. Takde faedah laa...Aku menyampah giler korang tau tak...Eeee...tolong laa.... 

Kalau korang semua macam ni, siapa yang nak letakkan martabat Bahasa Melayu kat tempat yang tinggi? Siapa nak yang nak memperjuangkan Bahasa Melayu? Korang nak ke kalau bahasa macam ni digunapakai? Imagine-imagine....Bahasa ni digunapakai kat sekolah, pejabat,urusan rasmi.....wakakakakakakkaa....tak boleh BLAH! Aku rasa aku la orang pertama yang akan buang dalam tong sampah! 

Kat sini aku attach 1 video untuk tontonan korang & percayalah ramai yang menyampah dengan korang!
( kwn aku bg link video ni lepas dia tengok aku publish entry ni..thanks..memang terbaik la! )

Actually video ni ade sedikit salah...sebab pada pendapat aku, bahasa ni diguna pakai oleh remaja-remaja atau budak sekolah dan bukannya oleh mat rempit.. So. mat-mat rempit jangan sentap plak ok..Aku tak nak la korang tengok entry aku ni besar kecik besar kecik je..ehe



Korang fikir-fikir lah...gunalah bahasa sebaik mungkin...jangan la sesekali rosakkan bahasa sedia ada yang jauh lebih cantik dan bagus.. 


BERBANGGA LAH DENGAN BAHASA KEBANGSAAN KITA!


April 23, 2011

Lelaki....Apa yang korang nak sebenarnya?

Assalamualaikum...Selamat Petang Semua..Panasnya petang ni...bahang sangat terasa.. 

Lately banyak sangat entry pasal lelaki vs perempuan..pastu kondem sesama sendiri. Actually tu sebenarnya atas diri masing-masing kot...huhu...sebenarnya aku pun ada jugak persoalan pasal lelaki ni...zaassss....Layannn.....!

Kenapa dengan lelaki ni??? 
  • Bila perempuan tu kurus lelaki tu cakap " Nape u kurus sangat? Tak cantik laa...tak sexy". Bila perempuan tu gemuk lelaki tu cakap "Nape tembam sangat ni? Tak cantik laa.."  Korang nak macam mana sebenarnya? korang ingat si perempuan ni tak tensen ke? 
  • Bila si perempuan ni up to date korang cakap " Pehal pakai2 camni? Cuba pakai simple2"    Bila perempuan pakai simple2 korang cakap " Awak ni tak reti nak bergaya ke? "    Kecik ati perempuan tu....die bergaya salah, tak bergaya pun salah. Korang nak apa? 
  • Sekarang ni fesyen tudung macam-macam kan...Yang perempuan mesti la nak cuba style baru cth Shawl . Apa salahnya kalau korang puji sikit cantik tapi korang boleh plak cakap " Ni fesyen ape ni? Dah2 tak payah pakai lagi. Mak cik saya pakai tudung lagi cantik tau tak. Cuba pakai tudung Elok2 sikit". Yang si perempuan ni punya la nak jaga hati si lelaki, pakai la tudung macam yang lelaki tu nak " Eee....x sesuai la awak pakai tudung ni..dah2 pakai tudung bawal je". Korang nak macam mana? Korang ingat si perempuan ni bahan ujikaji ke??? Dah la bandingkan dengan makcik..
  • Kalau si perempuan lambat pick up phone korang marah kaw-kaw..Tapi kalau korang lambat pick up phone takpe.. Apa korang ingat si perempuan ni tak reti bengang ke? Tapi sebab nak jaga hati korang, perempuan tu tak marah pun. 
  • Bila perempuan tu selalu sms tanya khabar, dah makan ke,buat apa ke...korang malas nak reply sebab bosan asyik tanya mende sama. Tapi bila dorang tak sms korang tanya " Tak ingat kat saya ke? Tak sms saya pun arini" Korang ni nape? Ape korang ingat si perempuan tu suka duk sms sorg2? 
  • Bila perempuan menjawab/betulkan apa yang korang cakap, korang marah tapi bila perempuan diam tak kata apa-apa korang marah jugak sebab rasa cakap dengan tunggul kayu. Korang nak macam mana?

Perempuan sebenarnya........

  • Kadang-kadang diorang dengar je cakap lelaki sebab diorang nak jaga hati & sayang kat laki tu
  • Diorang sebenarnya kecik hati tapi diorang diam je
  • Diorang ade jugak tak suka pasal perangai/penampilan si lelaki tapi diorang diam sebab terima lelaki tu seadanya.
  • Kadang-kadang dorang merajuk tapi korang xreti2 ke nak pujuk? Tak kan la nak bagitau "AWAK SAYA MERAJUK NI!"...please laa...alert la sikit si lelaki oiii 
  • Kadang-kadang depan lelaki, perempuan tu buat cool je..tapi lepas tu dia menangis . Korang tak tahu pon!
  • Kalau si perempuan selalu cakap risau pasal korang, dia betul2 maksudkannya..tapi korang menyampah sebab perempuan tu cakap camtu...kesian...

Macam aku cakap masa mula-mula td la..sume ni atas individu masing2..apa yang aku nak cakap kt semua, tak kira lelaki ke perempuan cuba la faham  hati yang lain dan sebelum buat sesuatu cuba fikir kalau benda tu jadi kat diri sendiri... Lu Pikir la Sendiri! 


Surf Internet tapi tak guna broadband

Semua orang ingat aku guna broadband..siap tanya bulan-bulan berapa..Ops..aku tak guna broadband la..hehehe...Aku cuma top up handphone pastu bluetooth kat netbook...Betul laa....tak tipu!


Tu bukti...aku guna Hot Tiket Internet. Orang tanya nape tak langgan yang biasa-biasa pakai modem..Sebab aku tak nak ada komitmen..bulan-bulan nak kena bayar..Kalau pakai top up tak de la terasa sangat. Pastu kalau pakai top up ni aku ada 2 pilihan nak surf internet

Pilihan 1

Aku boleh terus surfing internet terus dengan telefon..Yela bukan aku bukan selalu bawak netbook aku g mana-mana pun. Tapi kalau handphone betul aku akan selalu bawak pegi mana-mana.

Pilihan 2

Kalau aku kat umah @ ofis, aku guna handphone aku jadi modem pastu sambungkan ke netbook aku.

Bagi aku tu lagi senang kot...hehe...dan aku takde niat nak pakai yang langgan bulan-bulan buat masa ni. Kecuali....haa....ada kecuali tau..kalau kat sini boleh UNIFI memang aku akan langgan bulan-bulan..

Dulu aku penah pakai broadband celcom..Puas hati la..tiap-tiap bulan RM89/5G tapi masa aku terminate tetiba kena bayar RM300++..what the? Padahal aku dah cukup kot tempoh kontrak tu..Arghh lantak laa...malas nak amek port...Yang penting sekarang aku guna HOT TIKET INTERNET


April 22, 2011

Pekerja? Apa Hak Kamu?

Assalamualaikum dan selamat tenghari semua...! 

Topik hari ini nak citer pasal HAK SEBAGAI PEKERJA. Ada tak yang kat luar sana yang merasakan diri mereka tertindas, teraniaya atau tak puas hati dengan majikan-majikan? Jangan lupa kamu ada hak untuk mempertahankan diri kamu. Negara kita ada undang-undang kan. So, tak payah la korang takut kalau nak buat aduan. Pergi je mengadu kat pihak-pihak yang boleh menolong kamu. 

Kat sini ada serba sedikit untuk pengetahuan kamu. Yang aku list kat bawah ni memang ada dalam AKTA PEKERJAAN 1955

UPAH & CUTI
  • Hak Rehat - Setiap pekerja dibenarkan berehat sekurang-kurangnya sekali seminggu
  • Tempoh waktu bekerja - Waktu kerja tidak lebih dari 8 jam sehari dan tidak lebih dari 48 jam seminggu. Tidak boleh bekerja berturut-turut selama 5 jam tanpa rehat, perlu diberi tempoh rehat tidak kurang daripada 30 minit. Bagi yang bekerja 8 jam, perlu diberi tempoh rehat tidak kurang daripada 45 minit. (Eh...eh....aku keje lebih la dari 8jam...11 jam dowh!)
  • Hari Kelepasan ( Cuti Umum ) - setiap pekerja berhak menikmati sebanyak 10 cuti umum di Malaysia dengan bayaran gaji penuh. Empat cuti umum yang utama ialah Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan DYMM Agung, Hari  Keputeraan Yang di-Pertuan Negeri dan Hari Pekerja. (Eh...eh...aku lupa bila kali terakhir aku cuti masa cuti umum..asyik kena keje je)
  • Kerja Lebih Masa (OT) - Lebih masa bermaksud masa kerja melebihi masa kerja normal sehari. Pekerja yang bekerja OT berhak mendapat upah tidak kurang daripada satu setengah kali ganda daripada upah biasa. ( Tak! aku tak dapat pun upah! Aku keje pagi petang siang malam! Ingat aku wat amal jariah ke ape?! )

Yang kat atas ni serba sedikit isu dan persoalan yang selalu menjadi pertanyaan..Actually banyak lagi dan kalau nak list kat sini panjang la plak entry aku..

Aku sangat berharap akta tu bukan hanya digunakan oleh sesetengah majikan sahaja. Harap semua majikan dekat Malaysia, tak kira lah swasta ke kerajaan ke patut guna undang-undang yang termaktub supaya takde la pekerja yang rasa teraniaya.

Kalau sapa-sapa nak buat aduan, terus pegi kat pejabat buruh. Tak payah la korang nak email ke nak call ke.   Kalau email entah bila dorg nak reply. Korang paham-paham la kan jabatan kerajaan ni. Certain-certain jabatan je yang bagi fedback cepat. Malas betul dorang ni! Agak-agak email tu bape bulan sekali baru bukak..baik tak payah buat email kan..huh! Aku malas nak komen banyak-banyak..nanti kena banned plak..

Korang Download je kat sini ---> AKTA DAN PERATURAN

Sebarang aduan korang boleh terus ke Jabatan Tenaga Kerja yang terdekat dengan korang ye atau boleh rujuk portal JTKSM


Updated 17/4/2017


April 21, 2011

Senang Menang Contest!

CONTEST! CONTEST! DATANG LAGI!

Contest ni simple je...se simple entry aku ni...

Hadiah? Best2 -----> iPad, GPS dan yang paling penting Honda City!

Jom pakat-pakat join SENANG TO MENANG CONTEST!


***psttt...pendeknye entry aku 


Kanser Darah?

Selamat Malam semua..Opss...Malam ke? Dah pukul 1.24am. Selamat Pagi!
Ada yang masih berjaga? Buat apa tak tidur lagi ni? Korang jangan la tanya aku...Aku macam biasa la ON DUTY!

2,3 hari lepas kawan kepada kawan meninggal sebab kanser darah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Kanser darah? Korang tahu ke? 1st time aku dengar tapi bila kawan aku tu cakap sel darah putih banyak baru la aku dapat tangkap Leukimia rupanya. Kata kawan aku tu, arwah dapat tahu pasal penyakit tu bila dia buat medical check up sebab dapat offer keje. Sebelum arwah meninggal, dia bagitahu kat mak die "Orang rasa macam dah nak mati ni". Sedihkan.........

Kat sini nak sharing dengan korang info-info pasal penyakit KANSER DARAH / LEUKIMIA

  • Sejenis penyakit kanser darah di mana sum-sum tulang tidak dapat berfungsi lagi sebagai pembuat sel-sel darah merah dan pembeku darah (Platelet darah)
  • Ini menyebabkan sel-sel darah putih yang tidak normal dan tidak matang dihasilkan dalam tubuh
  • Penghasilan sel darah putih yang terlalu banyak ini mengakibatkan seseorang itu menjadi pucat ( Anemia), pendarahan dan jangkitan yang berselang seli.

Jenis-jenis leukimia:
  1. Akut
  • Acute lymfoblastik leukimia (ALL) (umur < 15 tahun)
  • Acute myloid leukimia (AML) (umur > 45 tahun)
     2. Kronik
  • Chronic lymfisitik leukimia (CLL) (umur 35 - 60 tahun)
  • Chronic myloid leukimia (CML) (umur > 60 tahun)
Punca Penyakit
  1. Bahan-bahan kimia seperti benzene dan derivatives yang memusnahkan sel sum-sum tulang (benzene tu macam ada je dalam kosmetik..cuba korang check nak pastikan..aku kat office tak boleh nak check)
  2. Penggunaan bahan sitotoksik dan agen supersif

Simptom
  1. Leukimia akut - berlaku dalam tempoh waktu yang singkat dan pesakit biasanya tidak sihat. Boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat. Antara simptom:-
  • Pucat
  • Rasa Letih
  • Hilang selera makan
  • Pendarahan mulut,kulit dan gusi
  • Demam panas
  • Pembengkakan kalenjar leher
    2. Leukimia kronik - Sihat pada peringkat awal dan pesakit boleh bertahan dalam anggaran 3-5 tahun   walaupun tanpa rawatan
  • Pembengkakan pada kelenjar limfa
  • Pembesaran limfa
  • Sakit tulang
Komplikasi
  • Pendarahan pada kulit
  • Batuk berdarah
  • Muntah darah
  • Keguguran rambut

Korang kalau ada simptom-simptom seperti yang dinyatakan baik pegi jumpa doktor buat medical check up cepat-cepat. Tapi semua ajal maut tu di tangan tuhan. Macam kisah jiran aku. Anak dia mengidap leukimia ni masa umur die dalam 5,6 tahun. lebih kurang camtu la..tiap-tiap minggu berulang alik ke hospital buat kemoterapi sampai kulit berubah jadi gelap, rambut gugur.. Masa tu parents budak tu dah memang give up..kira dah berserah kat tuhan. Family diorang pun orang susah..belanja rawatan semua tak payah nak citer la..Masa tu jugak apa-apa je permintaan budak tu mak dia tunaikan. Tapi kuasa tuhan kan.. Alhamdulillah sekarang dia dah sembuh dan membesar menjadi seorang perempuan yang sihat dan cantik.






April 20, 2011

Bila Artis Pujaan Ramai kat Shoutbox Aku

Selamat Petang semua..

Baru lepas balik keje & lunch..Korang dh lunch? Aku sebenarnya nak tidur ni sebab malam ni ON DUTY tapi sempat lagi kot masukkan 1 entry yang ringan-ringan..Penat tak hilang lagi ni sebab sibuk sangat tadi tapi keyboard masih boleh berbicara..hehe

Balik macam biasa ON netbook dulu. Check statistik blog, komen dan shoutbox..Pastu kan..cuba tengok kat bawah ni


Wahhh..Farid Kamil (bukti kt ats) komen kat shoutbox aku..hahahhaa...korang mesti jeles kan? kan..kan..kan..Haa....tak kenal Farid Kamil? Korang jangan...Pujaan gadis Malaya tuu...Meh aku nak nak tunjuk kat sape-sape yang tak kenal...


*** Pssttt....blog korang ade ke artis komen? 

April 19, 2011

Perbezaan Blog Lelaki vs Perempuan

Hi guys!

Tengah duk blogwalking tetiba je aku terfikir nak share pasal ni. Sebelum tu nak tanya macam mana rupa blog korang? Dan macam mana yang korang suka?

Actually aku ni bukan reti atau pakar sangat kot nak buat template blog yang cantik-cantik. Saje je ni gedix2 nak komen..hahaha.. Kalau aku, aku tak bape suka blog yang agak messy. Macam la blog aku tak messy dan aku tak nak blog aku nampak macam budak-budak.

Ni antara perbezaan blog lelaki vs perempuan

LELAKI
  • Compact dan tersusun
  • Header cantik dan sesuai dengan blog ( tapi ade juga header yang beso gedabak)
  • Entry di tulis dengan kemas dan tersusun (Nampak mcm profesional)
Tapi tak semua blog lelaki macam yang aku tulis kat atas tu. Ada jugak yang messy, pastu font entry di center kan. Tempek gambo sendiri penuh kiri kanan. Terpulang la tu sebab blog dorang. Aku nak sibuk-sibuk nape? Hahahaaha

PEREMPUAN
  • Header besar gedabak dengan pic sendiri 
  • Entry pulak banyak tempek pic sendiri yang gedik2 ( Ni lom citer pasal tempek gambo bopren lagi)
  • Kalau takde muzik tak sah
  • Template paham2 sendiri sudah la...
  • Ada juga yang tersusun dan compact (Sedap je mata memandang)
Tapi macam yang aku cakap la...tak semua blog p'puan sama macam aku citer. Ade jugak yang lebih tersusun dan menarik.Sedap dipandang dan yang paling penting entry yang menarik untuk dibaca. Citer pasal blog orang blog aku pon bukan menarik sangat pun! Hahahahaha! 

Rajin-rajin la bertanya dan belajar dengan yang berpengalaman supaya Blog kita akan jadi lebih menarik. Lagi bagus kalau jadikan blog kita 1 rujukan atau tempat mencari maklumat dan bukan hanya blog sampah. Blog aku blog sampah ke? ce citer..ce citer..

Walaubagaimanapun,semua itu terpulang kepada penulis blog masing-masing. Semua ada citarasa tersendiri dan yang paling penting aku tak suka la nak baca blog sapa-sapa yang entry die asyik-asyik citer pegi situ sini dengan bopren. Pastu tempek gambo gedix2 dengan bopren (tak ada usur-unsur jeles ok!) Aduyaiii... Ingat ye semua entry atau gambar-gambar yang diupload ke dalam Internet adalah kekal walaupun telah di delete!


**Pssttt- ade 1 blog ni aku mmg tak suka giler nak tengok! Nape? Macam yang aku cakap kat ats tu la...Sabo je laa...


Online Shopping Semakin Popular

Selamat Pagi Semua! Monday Blues kan bagi yang baru bekerja hari ini..hehe...Aku masuk keje 2pm nanti. Tu yang sempat je masukkan entry baru ni.

Hari ni nak citer pasal Online Shopping yang agak popular di kalangan kita. Macam aku sendiri, aku pun suka shopping online. Tak payah susah-susah nak keluar..Selalunya aku banyak shopping kat facebook sebab aku kan facebooking..hehehe
Surfing Internet ---> Order ---> Buat Payment ---> Tunggu Barang Sampai 


Walaupun ianya agak mudah tapi shopping online ni tetap mempunyai risiko. Jadi kita kena pandai dan cuba tengok history pembeli lain. Then baru boleh shopping. Selalu apa yang korang shopping?

Macam aku selalunya aku akan shopping baju, perfumes dan mekap je la. Tapi kadang-kadang kita tengok dekat gambar yang display cantik tapi bila dah sampai tak berkenan pulak. Pastu kalau beli dress ada yang labuh dan ada yang singkat tapi tak boleh tukar dan pulangkan balik. Ni la salah satu daripada risiko. Setakat ni aku tak pernah kena tipu lagi. Dan yang penting semua barang yang aku beli selamat sampai.



Semalam tetiba member aku bagitau dia nak beli CCP (Cocoa Colagen Power Plus) tapi nak tunggu barang sampai dulu baru bayar..adess...cik kak oh cik kak! Orang beli Online kena bayar dulu baru dapat barang. Mana ada barang sampai dulu baru bayar. Banyak pulak tu bukan 1 set je. Tapi mengenangkan housemate aku terpaksa la keluarkan dulu RMxxx++ untuk beli barang tu. Tinggal bape hengget je ade dalam acc bank aku. sabar je la! Alang-alang dah macam ni, baik aku jadi supplier terus. Maaf ye harga terpaksa dinaikkan dr RM50 ke RM52 sebab harga postage dah naik. Paham-paham la ye..Tapi tu aku rasa dah kira murah sebab harga pasaran RM59.90. SAPE-SAPE NAK BELI DENGAN AKU BOLEH YE!

Alamak! Lapar pulak..nak pegi makan kejap 


Hari Tanpa Internet. Boleh ke?

Selamat Malam semua..

Hari tanpa internet? Agak-agak korang boleh ke? Yang OBSESSED dengan Internet pulak macam mana? Hehe..tepuk dada tanya selera..



Aku mengaku memang aku obses dengan internet. Kalau 24 Jam depan skrin aku OK je..tak makan tak minum pun takde hal. Tapi Macam mana pulak kalau takde elektrik ke air ke? Semua penting tu.. Korang bayangkan la bangun-bangun tidur terus ON Internet..Balik keje terus ON Internet...Fuhhh..Kalau hari tak kerja 1 Hari suntuk duduk memerap dalam bilik mengadap internet. Korang macam mana?

Ok2 jangan risau adik kakak,abang-abang yang OBSESSED Internet. Aku nak share something dengan korang tapi jangan terkejut ye..

Tengok sini ------> ISTIMEWA UNTUK KORANG YG OBSESSED INTERNET

Hope korang suka la ye ^_^v


April 18, 2011

Asmara 2

Selamat Pagi semua!!! Arghhh mengantuknyaaa.....Actually baru balik keje pukul 8am. Sebelum sambung tidur saje je nak nak share dengan korang semua lagu-lagu dalam citer Asmara 2 Lakonan Shah Jazle dan Faezah Elai.

Korang tengok tak citer ni? rugi tak tengok...sangat best! Aku memang sentiasa follow every week..cuma minggu lepas je ter'miss' 15minit..hehe...citer ni memang touching. kadang-kadang aku siap boleh ter"nangis" pulak bila kena ngn part-part sedih. Pastu dengan lagu yang touching..hehe..Apa-apa pun tahniah kepada teraju utama Shah Jazle dan Faezah Elai. Lakonan yang berkesan dari kamu berdua.

Kat sini nak share lagu-lagu dalam citer Asmara 2..Zaasss! Layan......

Shah Basree - Andai Itu Takdir Mu


Ada Band - Setengah Hati


Afgan - Terhenti di sini


Muzzy - Hingga Akhir Nafas ku



April 16, 2011

Ada Apa Dengan Kad Kahwin?

Selamat Pagi semua...Hari sabtu yang ceria..Ada yang bekerja ada yang cuti. Mesti ada lagi yang tengah tidur. Bangun..Bangun! 

Erm...hari ni nak story sikit pasal KAD KAHWIN. Semalam aku terbaca satu artikel yang agak menarik kat PESONA PENGANTIN tentang isu kad kahwin atau pun undangan perkahwinan.



Sudah menjadi 1 trend di mana pasangan-pasangan pengantin sekarang, meletakkan gambar mereka di kad kahwin tersebut. Memang cantik...itu belum lagi termasuk yang kerawang-kerawang. Bagi yang lebih berkemampuan maka lebih mahal dan lebih cantik dan elegan lah kad kahwin mereka. Kad kahwin kadang-kadang adalah "1st Impression" untuk sesebuah majlis perkahwinan itu. Tapi ini bukan lah satu persoalan yang aku nak cerita kat entry ni.

Persoalannya, perlu ke pasangan pengantin meletakkan gambar mereka di kad kahwin mereka? Cuba fikirkan balik..Adakah kad kahwin mereka akan disimpan oleh orang yang dijemput? Aku rasa tak lah..ada ke orang nak simpan? Lastly kad kahwin yang cantik dengan gambar pasangan pengantin itu akan berada dalam tong sampah atau pun dipijak-pijak..Ish3x (Aku tak nak gambar aku dibuang-buang dan dipijak-pijak)
Korang nak??

Isu yang kedua adalah ayat Al-Quran

Cuba korang tengok sesetengah kad kahwin, ada yang dicetak dan diletakkan sepotong ayat Al-Quran. Memang bagus kerana menggunakan ayat Al-Quran tu tapi.....adakah mereka fikir wajar atau tidak meletakkan ayat itu di dalam sekeping kad? Wajar? Kenapa?? Supaya orang baca dan mendoakan pengantin? Cuba citer kat aku berapa kerat je orang yang baca? Masing-masing terus tengok kepada nama pengantin, tarikh majlis, kat mana diadakan majlis itu. Pastu dah habis majlis ke mana kad tu akan pergi? Ke TONG SAMPAH! Sepotong ayat Al-Quran dibuang ke dalam tong sampah. Tu belum lagi dipijak-pijak. Korang nak tanggung ke akibat tu? Bukan sekeping kad tau yang korang edarkan.. Ada yang mencecah 1000 kad. Macam mana tu?

Lepas aku dah baca artikal tu aku decided tak nak letak ayat Al-Quran atau pun gambar. Cukup la sekadar pantun atau puisi mungkin. Sama-samalah kita renung dan fikir-fikirkan.

Untuk Renungan Bersama Bagi Pasangan Yang Akan berkahwin & Yang Sudah Berkahwin

Pernikahan Menyingkap Tabir Rahsia,
Isteri Yang Kamu Nikahi,
Tidaklah Semulia Khadijah,
Tidaklah Setaqwa Aisyah,
Pun Tidak Setabah Fatimah,

Justeru itu Isteri Hanyalah,
Wanita Akhir Zaman,
Yang Punya Cita-cita,
Menjadi Solehah, 

Perkahwinan ataupun Pernikahan,
Mengajar Kita Kewajipan Bersama.
Menginsafkan Kita Perlunya
Iman dan Taqwa,
Untuk Belajar Meniti
Sabar Dan Redha,
Kerana Memiliki Isteri
Yang Tidak Sehebat Mana.

Justeru itu Kamu Akan Tersentak Dari Alpa,
Kamu Bukanlah Rasullullah S.A.W,
Pun Bukanlah
Saidina Ali Karramallah Wajhah,
Cuma Seorang Suami Akhir Zaman,
Yang Berusaha Menjadi Soleh


April 15, 2011

Kamu Photographer atau Pengguna DSLR?

Salam...selamat petang semua..Petang yang indah sambil di temani kicauan burung-burung..tiada lagi hiruk pikuk kota yang aku rindui..Chehh berbunga-bunga pulak bahasa. Agak-agak kalau buat novel boleh tak? hahahahha

Tadi ada orang mintak tolong aku keluarkan entry pasal ni. Pelik lak permintaan beliau sebab aku bukan lah seorang photographer atau juga seorang pengguna DSLR tapi aku hanyalah insan biasa yang meminati bidang  fotografi.  Actually aku takde la power sangat @ penuh ilmu di dada nak citer pasal benda ni. So, aku nak citer serba ringkas la yang aku tahu pasal ni.

Sebelum tu aku nak tanya..Korang ada camera canggih manggih DSLR tak? tak kisah la jenama apa pun..Canon ke,Nikon ke..janji DSLR.



Korang rasa korang seorang PHOTOGRAPHER? atau dalam Bahasa Melayunya JURUGAMBAR.
Korang tahu tak DSLR tu apa? dan yang penting kamu tahu guna tak? tahu Fungsi tak? Korang guna Mode ape? Automatik ke Manual? Perghhh!!! Banyak plak kan soalan aku? Macam polis pulak

Meh nak bagitau korang supaya korang tahu:

Maksud DSLR
D=Digital , SLR = Single Lens Reflect iaitu imej masuk ke lens, pantul dek cermin dan masuk pentaprism sebelum pergi ke viewfinder. Aku pun tak bape faham apa benda yang diterangkan ni
Jom sama-sama terjah ke sini nak tahu lebih lanjut----->  DSLR

Photographer
Ada DSLR (yang ni wajib la kan)
Seorang yang boleh mengambil gambar secara profesional
Mengikuti kelas fotografi
Tahu maklumat pasal gambar
Tahu macam mana cara nak ambil gambar
Tahu "Rules" nak ambil gambar

Pengguna DSLR
Ada DSLR
Tak boleh mengambil gambar secara profesional
Tak mengikuti kelas
Tak tahu apa-apa pasal gambar,cara dan rules nak ambil gambar

So, sapa-sapa yang ada DSLR tu jangan nak perasan kamu adalah Photographer ye..KAMU SEBENARNYA HANYALAH PENGGUNA DSLR SAHAJA! hehe..masuk kelas dulu taw baru leh jadi photographer


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons