March 25, 2011

Kunci Sebuah Perhubungan

Tetiba mood rasa nk tulis entry ni lepas deactivated my FB acc..huhu.. Setelah di research rata2 mengatakan KOMUNIKASI merupakan kunci utama dalam sebuah perhubungan.. Erm.... Research lagi pastu terjumpe ni >>> PETUA PERKAHWINAN BAHAGIA dan aku sangat tertarik dengan entry tu...

Selain daripada KOMUNIKASI, dalam sebuah perhubungan itu perlu ade :

1. KEPERCAYAAN
Tanpa kepercayaan juga sebuah perhubungan itu akan hancur.. Kadang2 akibat sikap tidak percaya terhadap pasangan masing2 akan tercetusnya pergaduhan. Perasaan kesal dan marah akan dirasai oleh org yg dituduh melakukan sesuatu perkara yang tidak dilakukannya dan org yang menuduh juga.

2. KEJUJURAN
Setiap pasangan perlu jujur bila telah diberi kepercayaan penuh oleh pasangan masing2. Tapi ramai yang amek kesempatan atas kepercayaan tu. Kesian kpd pasangan itu...ditipu...dan ditipu....sedih bukan? Cuba letakkan diri di tempat sebelah pihak yg ditipu..ape yg korg rs..Jadi, jgn tidak jujur pada pasangan korg..

3. KASIH SAYANG
Kasih sayang bukan hanya perlu ada sebelum kahwin sahaja. Semailah ia supaya bertambah walaupon selepas kahwin. Jangan jadikan alasan untuk menunjukkan kasih sayang itu.. Tapi ada juga sesetengah orang yang m'beri alasan tidak dapat nk tunjukkan kasih sayang sebab PENAT BEKERJA, SIBUK DGN ANAK dll.

Soalan:

  • Adakah kamu masih mencium pipi isteri kamu sehingga sekarang sewaktu pegi @ balik keje?
  • Adakah si isteri masih menunggu & menyambut kepulangan si suami balik kerja sehingga sekarang?
  • Adakah si suami sayangkan anak lebih dari sayangkan isteri?
  • Adakah kamu masih sayangkan isteri/suami kamu seperti sebelum kahwin & sehingga sekarang?


4. HORMAT MENGHORMATI
Si suami dan isteri perlu hormat menghormati satu sama lain. Tidak kira lah samaada hormat t'hadap sesuatu pandangan atau keputusan pasangan masing2.

Aku rasa masih banyak lagi kunci2 sebuah perhubungan ni..Tapi ni je la yg dapat aku bagi.. Ape2 pendapat korang share2 la ye...

Bagi aku sendiri, aku sangat berharap suatu hari nanti semua ini akan terus mekar dalam perhubungan aku nanti. Harap sangat2 kasih sayang,kejujuran dan kepercayaan tu bukan hanya akan ada sebelum kahwin tapi biarlah sampai bila2. Tapi macam mana kalau kepercayaan dan kejujuran tu tak wujud sebelum kahwin??

Menurut sumber yang dipercayai:

Sebuah perhubungan itu tidak akan berjaya tanpa kepercayaan & kejujuran..






RENUNG2KANLAH....

SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERI KITA KEBAHAGIAAN

2 berani bersuara:

aku yang tak femes said...

eh? ko dah dc fb ko ke?

nurr said...

yup! smlm

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons